Quantcast
Channel: my wonderful life
Viewing all articles
Browse latest Browse all 108

Trip ke Hatyai, Thailand (Part 2)

$
0
0
Assalamualaikumm

hari ni hari kedua di hatyai.. hari ni kami bercadang nak ke songkhla..
nak p chang puak camp yang tempat gajah tu la.. lepas tu nak p samila beach..

so bangun pagi siap2 lepas tu pegi breakfast duluu



kalau bawak kereta, nak selamat sila parking di belakang kedai. ataupun dicelah2 bangunan.. 
yakni bukan di jalan utama.. sebabnya parking di sini dia ikut hari.. 
hari ganjil parking sebelah kiri, hari genap parking sebelah kanan.. so hari isnin , rabu , jumaat dan ahad kena parking sebelah kiri, selasa , khamis dan sabtu kena parking sebelah kanan.. 
(ataupun terbalik.. haha sebab dah lupa genap belah kanan atau ganjil belah kanan)
kalau salah parking memang kena clamp.. 
dan ada beberapa kereta plate malaysia kena clamp di sepanjang jalan tuh.. 

jadi kami pun masuk la celahan kedai dan parking belakang kedai..
ini nasihat daripada orang Hatyai yang pandai cakap melayu.. hahah




brakfast hari ni kami p kedai salma... order nasi lemak n nasi goreng.. 
bagi saya tak sedap mana pun dan agak mahal..huhu..

lepas makan, kami terus gerak ke songkhla.. destinasi pertama kami ialahhhh
chang puak camp.. sis teringin nak naik gajah.. 
tapi sis takut gajah mengamuk sebab bawak muatan berat sgt nih..

kami dah pun sampai ke changpuak campp.. paling eksaited ialah mursyid
tapi dalam gambaq nampak mak mursyid terlebih.. 
sebab mak mursyid eksaited tang bergambaq ja.. hahha

ok untuk kanak-kanak sila ukur ketinggian..
kalau ketinggian dah tahap dewasa kira harga dewasa la kot.. hahaha

ni lah senarai harga untuk setiap aktiviti yanga da dalam tuh.. 
pisang tuh boleh beli untuk bagi gajah makan..
jadi kami hanya ambik elephant riding sahaja..

lepas beli tiket, dia akan bagi nombor giliran.. 
tengok tempat menunggu nak naik gajah tu macam tak ramai orang..
jadi kami pun dengan penuh yakin dan konfiden level tertinggi p la beratut kat tempat naik gajah tu walaupun nombor yang tertera ialah 129 hahahaha

nampak tu semua muka konfiden level paling tinggi.. ahahhahaha


 nampak tu tak ramai orang kannnnnn
tengah2 beratur ada sorang brader datang tanya kami nombor berapa.. saya cakap 129..
dia kata dia nombor 75 pun tak naik lagi ..hahahahahah
kau rase apakah perasaan kami.. adoiiii
saya cakap laaa ingatkan tak ramai orang sebab tak nampak ramai orang beratur..
brader tu cakap memang tak ramai beratur, sebab tak larat tunggu...
semua orang berkeliaran dulu..

jadi kami pun cuba berkeliran jugak lah.. ahaha



antara aktiviti kami semasa berkeliaran tuh.. hahah..
 tempat ni tak besa sgt pun.. jadi nak berkeliaran pun p mai p mai tangtu jugak
mursyid bagi makan kambing biri2
mak mursyid dok bergambaq sampai pening


depa dua beranak dok berkeliaran lagi

dok berkeliaran punya berkeliaran, p tanya nombor berapa dah sekarang giliran naik gajah.. baru nombor 85.. ooo di sepertiga malam nanti la kot ye baru boleh naik dan la sis buat tahajjud dulu... hahahahahhahahahahhha..
jadi kami pun ambik keputusan untuk pergi tempat lain dulu..
kami terus gerak ke cable car


kami parking bawah sikit , jadi kena menapak naik tangga ni


sampai atas ada yang sedang menunggu..hahaha


tak de apa sangat kat sini.. ada wat siam sahaja.. 
kami smpai tu meletop2 bunyi mercun.. macam menyambut kedatangan kami ja... ahhahaa





kami terus ke kaunter beli tiket.. sorang 200 baht
dan menunggu lah kami di situ.. nasib baik tak ramai orang sangat... 
tapi cable car pun ada dua ja.. jenuh menunggu jugak la



nampak eksaited bebanau anak teruna cek.. pasal tak pernah naik cable car..
p langkawi asyik tak dapat naik je sebab ramai orang sangat

sampai sebelah sana.. pun tak de apa.. cuma ada patung besaq2..
jadi abah mursyid bersama opah dan tok dia, terus beratur sebab nak cepat kan...
takut terlepas naik gajah nun..
hanya saya dan mursyid jelah g meronda2 kawasan..










lepas habis meronda, kami p join depa beratur nak balik ke seberang sana balik..


masa ni tengah menunggu cable car sampai..


yeayyy cable car sampai dah.. 


sebelum turun dan la bergambaq sedaih tang ni.. 
mursyid dah boring sebab mak dia asyik nak bergambaqqq ja.. 


 lepas tu menapak la turun balik kat tangga tadi..
dan terus ke chang puak camp balik


kami sampai je terus naik tempat menunggu tuh.. dan memang ngam2 nombor kami.. 
pandai kan kami adjust masa.. hahahaha


sis turut berada di atas gajah ye ... kot la hampa ingat sis dok atas pokok.. hahahaha

gajah tu akan bawak hampa masuk hutan.. suspens jugak la naik gajah ni
dia masuk dalam air la.. sat dia berenti minum la.. berenti berak la..
ikut suka hati dia la.. sapa suruh hampa nak dok atas dia sgt..

sampai satu tempat akan ada orang ambik gambaq hampa..
 jangan lupa untuk berikan senyuman manis kat dia.


sebelum sampai balik dekt tempat menunggu tadi, 
yang bawak gajah ni akan keluar kan brg2 yang dia jual secara illegal.. dan kami tak beli pun..

turun daripada gajah, saya rasa bersalah.. 
sbb tengok macam kesian ja dia dok angkut manusia2 lupa diri nih.. hahaha
tiap2 hari di dok bawak orang . letih ooo.. kena pulak hat naik tuh bukan ringan2... uhuhuh
ok lain kali tak mau naik dahhh.. tobat..


lepas tu kami terus ke songkhla untuk ke Samila Beach..
p cari makan dulu sbb dah kelaparan sangat
ada beberapa restoran halal area samila beach ni

ni kedai yang kami singgah.. 

aiskrim kelapa ni bapak mertua saya beli kat tepi2 jalan area samila beach tu... sedappppp ya amat

saya order paprik seafood.. lagu ni gaya papriknya.. pedas nak mamp..
serius pedas.. masuk je dalam mulut rrasa asap keluaq kot semua rongga2 .. hahahahah


menu mursyid nasi putih n ayam goreng

ni sup sayoq kot



lepas makan acara bergambaq laaa

sambil berjalan2 kat pantai tuh, mursyid nampak orang jual layang-layang..
terus depa dua main layang-layang pulak






sebelum balik tu sy mtk abah mursyid beli lagi aiskrim kelapa tadi.. sebab sedapppppppppppp


fuhhh sedap sgt2.. teringat2 sehingga ke hari ni.. 



 sebelum balik gigih p tangkap gambaq kat tengah2 roundabout.. 
demi nak dapat samila beach tuh.. ditemani taik kucing kat sebelah..
ada taik kucing kat tepi saya duduk tuh,.. hahah


lepas tu terus p cari masjid nak solat..



masjid ni kena masuk ke dalam sikit.. tapi boleh nampak dari jalan raya pun
kami parking tepi jalan.. lepastu jalan kaki masuk dalam..

selesai solat kami terus gerak balik ke hatyai balik
balik hotel dan rehat..

malamnya kami request hotel untuk hantar kami ke asean night market




ni bahagian bawah asean night market.. saya beli sikit2 jek.. sbb harga dia macam mahal je..
 macam sama kat malaysia je.. kat shopee lg murah hahahaha





 ini bahagian atas market tu.. ada jual makanan.. saya beli kerabu maggi.. pedasssssss
depa ni kuat makan pedas betul



balik tu kami naik tuk tuk.. 150 baht.. 
dan saya tertinggal barang yang saya beli kat atas tuk tuk.. sadisssssss









Viewing all articles
Browse latest Browse all 108