Quantcast
Channel: my wonderful life
Viewing all 108 articles
Browse latest View live

Segment Blog Review by Sally Samsaiman

$
0
0

Assalamualaikum..



tetiba ngigau join segmen setelah sekian lama tak ternafsu nak join segala segmen dan GA.. 
ntah apa si sally jampi kat segmen dia nih.. tetiba rasa nak join... hahaha...

okeh cam biasa le...eh tak biasa ke?? biasa2 kanlah.. klik je banner tuh kalau rasa nak join jugak.. 


cara buat teh tiga layer /teh c

$
0
0
Assalamualaikum...

saya kenal teh tiga layer atau teh c ni sejak tinggal di bumi Bintulu ni.. 
sebelum ni saya tak pernah dengar n tak pernah rasa.. 
first time saya datang bintulu,  abah mursyid bawak saya pergi makan dan dia order teh c special untuk saya.. 

dia kata dia sangat yakin dan percaya saya akan suka teh c special tu. 
 saya adalah penggemar teh ais.. .. tiap kali pergi kedai makan, saya mesti order teh ais je.. lantak la kedai tu ada menu minuman sampai 10 kajang pun teh ais tetap pilihan hati..

so bila saya rasa teh c tu, saya memang sangat2 suka.. dah boleh mengatasi teh ais.. lagi sedap dari teh ais.. patutla abah mursyid yakin je order untuk saya...

bila dah suka, saya terus  beli gula melaka yang dijual khas untuk buat teh c dan buat sendiri dirumah.. lagi nikmat buat kat rumah.. boleh ikut selera kita nak manis ke lemak berkrim ke..pahit ke.. ok pahit tu bila demam.. pahit mulut kan.. so semua benda pahit..kekeke

bahan- bahan

gula teh c
susu sejat/cair
teh
ais kiub



cara nak buat dia mudah saja..

1) bancuh teh yang agak pekat.
2) ambik gelas. yo la.. takkan nak bancuh air dalam periuk kott...
 masukkan gula teh c (saya suka yang pandan) ,

gelas free gift ..harap maklum..


3) masukkan ais kiub
4)masukkan susu cair

ice cube tu dah rupa iceberg..haha


5) masukkan teh pekat.


okehh siap.. kacau2 dulu sebelum minum.. 

setiap kali nak masukkan bahan dari nombor  3 -4 tu kena lemah lembut k..sebab takut dia bercampur dengan yang bahagian bawah...nanti tak jadi 3 layer la.. jadi layang-layang..muehehe





lawatan ke Taman Tumbina Bintulu

$
0
0
Assalamualaikum...

baru-baru ni bawak murid2 istimewa saya pergi melawat ke Taman Tumbina Bintulu.. saya penah kongsikan pasal taman tumbina ni kat entri tempat menarik di bintulu .

Taman Tumbina ni lebih kurang macam mini Zoo la..ha elok pula pegi pon naik bas mini.. haha.. 
memang best dan enjoy dengan bebudak.. berpeluh2 keti jugak nak round satu taman tu...  
tapi bagus jugak daripada asyik dok dalam kelas je kan.. baik ambik angin luar sikit.. 
 ambik bau taik harimau sikit.. baru ada semangat bisquat tigernya tuh.. kekeke


beratur dulu sebelum masuk..

ambik gambar dulu sebelum muka berpeluh lagi berminyak







 cikgu mana binatang ni cikgu.. dari tadi asyik bergamba jek.. haha.. kena sound sebijik ngan budak..
 jawab cikgu...
rugi "kodak" cikgu kalau ambik gamba binatang je.. baik ambik gamba cikgu je..kekeke..

sampai habis round satu taman tumbina memang tiada gambar binatang yang saya ambik.. hahaha..
takut habis kodak.. kekeke



budak : cikgu tahun depan kita datang lagi k.. .. best la..
cikgu: tahun depan kamu ajak cikgu2 lain dengan kawan2 kamu pegi zoo Taiping pulak.
sebab cikgu dah nak pindah (dengan harapan dapat pindah ).. rumah cikgu dekat zoo Taiping...
budak : kat mana zoo taiping tu cikgu?
Cikgu : kat rumah cikgu la.
Budak: owhhhhhhh ..

teruk betul cikgu punya jawapan.. rupa-rupanya dia tak puas hati dengan jawapan cikgu tu.. esoknya pegi sekolah dia tanya lagi kat mana Zoo Taiping.. hah cikgu pun google la gamba Zoo Taiping siap dengan penerangan lanjut bagitau kat dia.. baru dia puas hati.. hahaha...


soalan kehidupan

$
0
0
Assalamualaikum...


kita semua mungkin pernah lalui soalan2 cepu mas dalam setiap fasa kehidupan kita kan..
dulu masa belum kawen saya berada di soalan 1 bahagian A.soalan bocor bila nak kawen??? ..
 jenuh tepis la nak menjawab ni.. tambah2 pulak dalam keluarga saya, saya catat rekod paling lambat kawen.. sikit lagi nak capai status andartu ...haha... 
kakak2 saya semua jenis kawen awal.. umo 20-23 tahun dah kawen n beranak pinak.. . 
saya umo 27 baru kawen.. jauh ketinggalan kan... so soalan bila nak kawen tu sangat meriah la dipersoalkan oleh mereka2 yang mengambil berat lagi penyayang.. 
terharu saya sebab ramai sangat yang mengambil berat.. rasa diri disayangi sesangat.. kekeke... 
ada pulak mak cik2 si pencari jodoh yang nak tolong rekemen anak dia lah.. anak kak peah la.. anak che kiah la..,..
 macam-macam la usaha mereka nak bagi saya kawen...hahaha...
 macam terdesak sangat nak bersomi... kekeke.. 
dan bila saya kawen di usia 27 tahun..soalan bila nak kawen pun tidak kedengaran lagi.. yeaahhh.. lepas satu soalan..

bila dah kawen tak uwek2 lagi.. mula la soalan kedua bahagian B pula muncul.. 
ini soalan bocor untuk para isteri yang belum membuncit.. haha.. 
saya terpaksa hadap soalan ni selama setahun lebih je... alhamdulillah la kan.. 
ada yang sampai 10 tahun terpaksa hadap soalan ni... tak ke rasa bengkak je kan.. 
bila saya mengandung dan melahirkan anak lelaki yang cute mute mcm mak dia..sikit2 je bapak dia..kekeke.. 
soalan kedua tu pun tak singgah lagi di cuping telingaku.. 



soooooo haaa panjang sooo tu sebab saya kini berhadapan dengan soalan ke 3 bahagian B..
 iaitu bila nak tambah anak??? 
bila Mursyid nak dapat adik???
 kalaulah saya ada jawapan yang tepat dengan tarikh2nya sekali ,saya akan umumkan secara besar besaran.. siaran langsung boleh jadi.. hahaha..
kalaulah tambah anak tu macam tambah koleksi handbag saya.. saya rasa dah 20 dah anak saya.. kekeke
masalahnya saya pun masih menunggu rezeki yang itu dari allah... 
dia belum nak bagi lagi nak buat macamana kan... sebab jawapan tu hanya allah yang tahu.. 
tolong-tolong doakan untuk saya ye.. 
daripada awak dok tanya bila nak tambah anak tu.. lebih baik awak doakan je terus ye.. 
semoga saya dimurahkan rezeki zuriat... 
kalau boleh nak 11 orang.. tapi dah tak sempat.. sebab kawen diusia lanjut.. hahaha.. 
kalau dapat kembar 3 tiap2 tahun sempat la kot nak kejar rekod mak saya melahirkan 11 orang anak.. huhuhu...
 jom pasang perisai untuk soalan yang bakal bertubi2 dilepaskan.. kekeke.. 
saya senyum2 wat lek wat peace je bila orang tanya soalan tu.. konon2 macam tak kisah n x sedih... tapi hanya abah Mursyid yang tau...betapa saya mengharapkan kehadiran orang baru dalam hidup kami... 
bak kata abah Mursyid, tak perlu sedih2.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. kalau dia tak bagi lagi tu ada la sebabnya.. mungkin kita belum mampu...walaupun kita rasa kita mampu.. tapi allah lebih tahu setakat mana kemampuan kita.. 
tapi saya bersyukur sebab keluarga mertua n keluarga saya sendiri pun tak pernah bagi tekanan dengan soalan2 macam ni.. 
so jangan sedih2 tak payah nak stress2 sangat... lagipun Allah dah bagi Ahmad Mursyid kat saya kan.. so jagalah dan bagi lah kasih sayang sebanyak mungkin kat dia.. 
nanti dah ada adik  tumpuan dah beralih kan.. hehe


nanti dah dapat anak ke2..bila nak tambah ketiga keempat ke lima sampai ke sebelas... pastu bila nak dapat menantu pastu bila nak dapat cucu.. pastu bila nak mati( nasib baik soalan ni tak de orang berani tanya.. kalau tak ramai kot makan tapak kaki) .. kekeke..

semua soalan itu hanya allah yang tahu jawapan dia..

sekian bebelan ku.. 

kek ombak rindu

$
0
0
Assalamualaikum...

minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk dan memenatkan.. terlalu banyak benda nak dibuat dalam satu2 masa.. 
2 hari berpanas  untuk sukan sekolah.. lepastu banyak betul kerja datang bertimpa timpa.. uhuhu... 
bila dah tak cukup rehat, badan letih penyakit pun mula la datang mengintai n nak menempek kat kita kann.. 
hari jumaat  dah rasa tak larat sangat... so saya ajak abah mursyid makan kat luar atau tapau je.. 
saya cakap tak larat nak masak.. abah mursyid kate.. ok.. dia nak pegi cycling dulu, 
lepas maghrib nanti kita keluar katanya.. bila abah mursyid keluar.. tetiba saya rasa nak buat kek.. terus masuk dapo..belek2 buku resepi dann nampak macam menarik je kek ombak rindu ikut resepi chef hanieliza ni.. 
apalagi terus bertungkus lumus dengan dibantu oleh si anak terona..

bahan-bahan

250 gm mentega
210 gm gula kastor
5 biji telur ayam gred A
1 sudu teh esen vanilla
230 gm tepung gandum diayak
1 sudu teh serbuk penaik diayak
100 ml susu cair
50 gm serbuk koko
sedikit pewarna hijau , kuning dan merah


cara membuat

1. mentega dan gula kastor dipukul hingga gebu
2. masukkan terlur satu persatu diikuti esen vanilla, pukul lagi hingga sebati
3. masukkan tepung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair. pukul lagi
4. bahagikan adunan kepada tiga bahagian. campurkan pewarna merah, kuning dan hijau ke dalam setiap bahagian. kacau rata.
5. sapukan mentega pada loyang saiz 8 x 5 inci dan lapikkan kertas minyak
6. masukkan adunan warna merah ke dalam loyang. buatkan permukaan tinggi rendah
7. ayakkan serbuk koko menggunakan penapis teh ke atas permukaan tadi.
8. ulangi langkah yang sama untuk warna kuning
9. letakkan adunan terakhir , warna hijau ke atas permukaan serbuk koko dengan perlahan-lahan.
10. panaskan oven . masukkan loyang dan masak dengan suhu 170 darjah dengan api bawah sahaja selama 50 minit





bila abah murysid balik dia tegur...eh bau kek satu rumah ni.. orang demam dah sihat ke boleh buat kek.. kata tak larat nak masak.. 
saya jawab.. masak tak larat, tapi baking larat la... hahahha....
 bila mood baking tu muncul, tak larat2 pun gigih jugak.. tak dpt menahan diri... kekekek..

Giveaway By Mamaniza.com

$
0
0

Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:



Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikutdan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTMLdan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

$
0
0
As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)

$
0
0
Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally& Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

happy 4th birthday Mursyid

$
0
0
Assalamualaikum..

 26 oktober 2014, genap 4 tahun usia ahmad mursyid.. so mak dia pun gigih la buat kek birthday untuk si anak.. pastu sama2 dengan si birthday boy hias kek..
 hasilnya sangat comot..hahah.. tapi mursyid suka dan puas hati sebab dia sama-sama terlibat dalam mencomotkan kek tersebut..hehe...
lepas siap..tak sabar-sabar dia nak potong.. saya kata tunggu abah balik dulu baru potong.. 
dia pun ok tunggu abah.. tapi sementara tunggu abah balik dia dok colek coklat masuk mulut sikit2 dah... hahah..sangat perangai abah..opss







yeayyy abah dah balik.. boleh potong kek.. 


ini kek yang ditempah di kedai untuk celebrate dengan kawan2 kat taska pulak .
kek ni pilihan mursyid sendiri.. yang mama cadangkan semua dia tak setuju..
pilihan dia jugak dia nak.. dan inilah hasilnya

goodies untuk kengkawan mursyid.. bertungkus lumus mama siapkan goodies ni sorang2..
opss abah ada tolong sikit.. kang cakap tak mention nama dia plak.. kekeke

hamboiiii sengih  birthday boy di apit awek2






selamat hari lahir yang ke 4 Ahmad Mursyid.. anak mama sayang.. semoga membesar dengan sihat dan kuat... 
 jadi anak yang soleh, penyejuk hati mama dan abah... amin

SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

$
0
0

Assalamualaikum..




nak join jugak ke??? klik banner ye.. 

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen

$
0
0

Assalamualaikum..



klik banner kalau nak join.. 

mangga asam boi

$
0
0
Assalamualaikum..

orang dah tak kecoh pasal mangga asam boia ni baru la saya terkial-kial nak buat entri.. hahaha.. 
tapi kan saya rasa kat bintulu ni memang diorang dah biasa buat jeruk buah dengan asam boi merah tu.. cuma tak de kecoh-kecoh dan viral kat fb  ... kekeke...

hari tu saya dah buat sekali..tapi guna buah mangga kicik- kicik... dapat sebekas  kecik  jek..
 tak puas makan. so saya suruh abah mursyid beli mangga lagi..
sekali dia bawak balik mangga gedabak ..
hah hadaplah kau mangga assam boi sampai ke tahun depan tak habis-habis..
itulah mesej tersirat dia..  kekeke..
memang perli tahap mendalam sampai ke urat saraf..haha

nak kupas n potong mangga tu pun makan masa setengah jam bagi yang mahir..
kalau separa mahir mau sejam ke atas.....
kalau tak mahir makan sehari gak kot...hahaha tipu ya amat..



cara buat dia semua orang tau kann..tapi nak bagitau gak..

 potong mangga .. basuh n toskan
pastu campak masuk dalam bekas..
campak asam boi,
campak gula beberapa sudu..ikut suka sedap mulut awak la nak manis mcmana..
kalau nak cepat dapat diabetes campak gula sebalang.. kekkee.. 
potong cili padi, campak masuk jugak.. kalau suka pedas campak banyak-banyak..
kalau tak suka pedas jangan letak langsung...
dah siap tutup bekas n buat goyang gerudi dengan iringan muzik kopi dangdut.. kekekkeke
pastu campak simpan dalam peti ais ....
biarkan semalaman baru sedap makan sebab dia dah bercampur dengan sebati.. dah mesra la kan...

tengok gamba ni je terus menitik ayo liyo... 
dapat dua balang.. gambar di ambil selepas mak mursyid bergoyang gerudi . kekekeke...

ehms nikmatnya makan mangga asam boia sambil tengok tb.. tak sedo dah nak habis sebalang...
tak sempat sampai tahun depan nampaknya..




Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

$
0
0
Assalamualaikum..



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar?
saya sendiri

Umur pengguna?
33 tahun

Jantina pengguna?
Perempuan

Jenis kulit?
Kombinasi

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
tona kulit yang tidak sekata . Diharap Ephyra skin Bar ini dapat menyelesaikan masalah ini. 
Dengan izin allah jua..

Pengguna Ephyra?
Ya 


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

$
0
0
Assalamualaikumm..


nak join jugak ke??? klik banner ye.. 

ahaaa buka fb pagi ni terus nampak GA yang dianjurkan oleh sis Mashitah Mamat  yang dia post dekat group mama bloggers . 
so apa lagi jom la kita joinkan diri di kala sedang bercuti dan sedang free  nih.. .. 
hadiah-hadiah pun sangat menarik terutama untuk ibu-ibu yang sedang atau pun akan menyusukan bayi.. 
baby saya dah besau tapi doakan la saya dapat baby lagi sebab rindu sangat dah dengan bau baby..
 baby saya dah bau kanak-kanak riang..hahahaa..

memang untunglah kalau menang... sebab awak tak perlu nak menabung sejak kecil untuk beli benda-benda keperluan ibu dan bayi ni ...kekekekeke... 
tambah2 pulak semunya adalah sangat berguna untuk ibu-ibu bekerja yang menyusukan baby secara eksklusif.. 
alhamdulillah saya pun dah berjaya menyusukan mursyid secara eksklusif selama 2 tahun setengah.. dan selama 2 tahun setengah tu inilah barang2 penting dalam hidup.. pergi mana2 pun angkut .. 

soooo jom la join ramai-ramai.. sama-sama memberi sokongan dan kalau bertuah boleh menang.. kalau kalah pun tak pe.. kita pecahkan tabung la beli sendiri ...kekekkee...

kalau nak join jugak KLIK SINI . 
cepat-cepat ye ..tarikh tutup 4 disember.. jangan tunggu lama-lama.. jangan terkebil-kebil lagi.. 
.. kang ahkak kaut semua hadiah.. awak tengok sambil telan liur jela..mehehehe.... 









berkelah di hujung minggu

$
0
0
Assalamualaikum..

alhamdulillah cuti sekolah baru bermula.. baru tenang sikit jadual tugas cikgu.. penuh dengan tugasan suri rumah tangga pulak.. tapi tugas suri rumah memang sentiasa padat pun..

hari ahad baru ni, macam biasa la saya masak untuk makan tengahari,
abah mursyid pegi office settlekan keje dia.. dia suruh makan dulu sebab dia balik lewat.
saya bagi mursyid makan dulu sebab dia cakap dia lapar....
mamanye kenyang lagi sebab pagi tu dah makan nasi lomak..

tetiba abah mursyid wasap ajak g berkelah kat Pantai Temasya, Tanjung batu..
so saya pun berkemas cara nak berkelah la kan..

 pukul 4.30 tepat abah mursyid balik dan kami terus ke sana..lima menet je pun pantai tu dari rumah.. sampai sana elok perut dah merayu2 mintak di isi..
mana tak, makan tengahari pukul 4 .30petang.. bukan tengahari dah tu ..tengahari lanjut dah tu.. kekeke

sampai sana, cari port paling dekat dengan playground sebab senang mak n bapak nak isi tangki sambil memantau anak main playground.. hahaha...


menu simple jek..ayam paprik, udang goreng rangup n sayur salad plus sambal kicap

ada orang bawak diri makan tepi playground sorang2..sebab tak sabar2 nak main playground

abah mursyid dan anaknya.. 

perut dah kenyang..jom kita bergamba pulak


gambar ni diambil oleh jurugambar separa mahir.. amad mursyid.. haha

gambar cap ibu dan anak penutup aktiviti hari ni.. 





cepat membaca

$
0
0
Assalamualaikum..

sekolah cuti.. budak2 sekolah cuti..cikgu2 cuma cuti mengajar.. tugas lain tetap berjalan macam biasa.. tapi saya cuti mengajar kat sekolah je.. kat rumah tak pernah cuti mengajar ahmad Mursyid.. target saya sebelum masuk tahun 2015 dia mesti pandai membaca.. haa besar impian mak dia tu.. perlu usaha gigih ni.. mak gigih ajar..anak gigih main.. jenuhhh...

saya memang dah mula ajar dia membaca guna siri cepat membaca ,bacalah anakku sejak dia masuk 4 tahun.. sebelum tu saya ajar sikit-sikit je.. sebagai pengenalan..belajar sambil main-main..  
sekarang ni lebih serius dan lebih giat..tapi still jugak kena belajar sambil main... 
dah nama pun budak .. baru 4 tahun.. 
kalau tak de main-main ..tak denye dia nak tunggu tengok dan bagi tumpuan apa kita ajar..  
tak boleh terlalu garang..tegas pun kena bertempat.. layankan sikit-sikit bila dia nak main..
 tapi pastikan dia ikut apa yang kita ajar.. jangan lupa puji dia bila dapat membaca dengan betul.. 
dan saya akan kiss dia setiap kali dia dapat baca perkataan dengan tepat..
mesti konsisten ajar dia setiap hari.. tak leh cuti-cuti... 


dan alhamdulillah, sekarang ni dah nampak perkembangan yang memberangsangkan.. 
belum sampai 2 bulan saya ajar dia baca siri bacalah anakku ni, dia dah masuk buku ke3.. 
dan setiap kali dia dapat habiskan satu buku saya akan bagi hadiah kat dia.. 
itu yang membuatkan dia lagi bersemangat. 

selalunya saya ajar guna buku bacalah anakku je.. 
tapi memandangkan saya sedang bercuti dan ada banyak masa di rumah, saya buat sesuatu yang lebih menarik untuk aktiviti membaca mursyid..
mursyid suka..mak dia pun terlebih sukaaa la..ngehngeh

internet "slowlearner" hari ni,,,kekeke..  tak lepas2 upload video mursyid membaca dari tadi.. 
lenkali lah update video..









First Giveaway by Erza

$
0
0
Assalamualaikum..

First Giveaway By Erza 

*** sempena kelahiran putera kedua***




1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "First Giveaway by Erza" dan 
letak banner di atas, backlink ke entri ini


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!

aktiviti mencantum gambar

$
0
0
Assalamualaikum..

aktiviti homeschooling dengan mursyid semalam ialah mencantum gambar.. 
lebih kurang macam puzzle la.. tapi simpel puzzle.. mudah dan sesuai dengan umo dia la.. 
saya cari jek gambar kat google.. 
epas tu print. cari la gambar2 yang anak suke.. ayam ke ayam belanda ke ayamas ke... kekekeke... 

kalau pompuan mesti suka bunga kan.. ataupaun princess ke.. apa2 jelah.. 
kalau cantum gambar dia sendiri atau gamba mak dia pun menarik gak.. 
lagiiiii dia suka kottt.. hehehe


saya pilih gambar kura-kura.. sebab cute.. hehe


lepastu suruh dia warnakan gambar tu ...baru nampak menarik sikit kann


dah siap warna.. gunting pulak.. saya suruh mursyid gunting ikut garisan betul2.. 


lepastu gunting lagi kepada bahagian yang lebih kecik..


suruh dia cantumkan balik gambar yang dah digunting kecik2 tadi .. kemudian tampal pada kertas lain.. kalau boleh berlainan warna supaya lebih jelas hasil cantuman tu..


dah siap.. dia sibuk nak letak kat board dia


dia dah suka...dia suruh mama print gambar spiderman pulak.. pastu dinasour pastu bumblebee.. huh jenuhhhh... layan jela... mak dia tengah cuti.. memang masa untuk layan anak pun.. 

Kad raya

$
0
0
Assalamualaikum..


Sapekah gerangan awek2 cun dan jejaka tampan yang sudi menerima kad raya dari mak mursyid ni??  .. Kalau sudi saya mohon kepada penyeri laman saya yang disenaraikan di bawah untuk pm nama penuh dan alamat lengkap sayam2 semua di fb saya ye.. 

Bukan kad raya spesel or limited edition ke hape ye.. 
Kad raya sepeket 5 henggit je pon.. Yang penting ikhlas kannnn.. 
Dengan ingatan tulus ikhlas dari hati ini..ikhlas sangat2 nih.. 
Nak nangis rase sebab ikhlas sangat.. Muehehe.. 



So cepat2 pm alamat uolss ye.. Yang ade anak sila nyatakan berapa orang anak.. 
anak kucing, anak tekak, anak tangga tak masuk senarai ye..
mane la tau Kot2 mak mursyid bermurah hati nak masukkan angpow mase nak pos kad raya tuh.. 
Kot2 la kan.. Kot2 je la ye.. Mak mursyid tuh kekadang murah hati sesangat.. 
Kekadang kedekut taik idung masin.. Ekekek.. 

ok pm cecepat kat facebook kite ye..


Nota cinta: kite bw lepas raya k.. Kunjung mengunjung di aidilfitri la kire kannnnn.. Baru syahdu sket.. 


sudi2 sudikanlah terima kad raya bajet mama kite ye.. 

keyword

$
0
0
Assalamualaikumm..




apakah motip orang yang mencari galah buluh berselfie itu????
motip nak buat galah buluh sebagai monopod kah..lebih panjang..lebih jauh ..lebih ruang dalam gambar..paling penting lebih jimat....hahaha
atau motip nak berselfie dengan galah buluh ... dah boring selfie sorang2.dah boring selfie dengan bff, dah boring selfie dengan jiran2.. so nak cari kelainan
saya memang suka berselfie..tapi tak penah lagi berselfie dengan galah buluh...ngehngeh

ok bai..jom masak...

Nota cinta: mood blogging dah ke lautan hindi.. Tak tau bila che mood tu akan kembali.. Yang tinggal cumalah mood nak bercuti. Dan. . Mood nak balik kampung yang makin menjadi-jadi.. Mehmeh

Kite nak g makan angin ni.. So kena buka mulut besau2 bagi angin masuk.. Pastu telan cepat2.. Itu baru betul makan angin ye...







Viewing all 108 articles
Browse latest View live