Assalamualaikumm..
sambungan
part 1 .. okeh hari kedua kami plan nak pegi ke Mekong.. masa belajar geografi sek menengah dulu dok dengaq cikgu sebut mekong delta tapi tak leh bayang mcmana rupa delta mekong tu.. sabit tu la geografi tak berapa nak cemerlang.. hahha... selepas 20 tahun belajar pasai mekong delta baru la dapat jejak kaki.. kalau tak dah cemerlang dh dulu..kekekeke..
sebelum bertolak ke Mekong, kami breakfast dulu di Kampung Pandan restoran... restoran halal ye.. terletak betul-betul depan hotel kami duduk tuh.. masuk je restoran tuh nampak la mamak dok tebaq roti canai baik punya.. tekak orang malaysia ni pon mula terkinja-kinja nak telan roti canai..
so order la.. disebabkan agen dah order breakfast,
kalau nak tambah menu lain kena bayar sendiri...
jadinya bayar la roti canai rm7 dan teh tarik rm6.. oleh itu roti canai nan sebijik dikongsi empat la... hahaha.. rugi mamp la nak order 4 keping roti canai.. baik sabaq 3 hari,
nanti balik melesia terchenta kita melantak roti canai puas2..
sebelum kami bergerak ke mekong, driver bawak kami ke kilang baju dulu..
wahhh ini yang ditunggu-tunggu weh..
kat kilang tu memang dipenuhi dengan warga malaysia lah.. haha..
harga yang diorang letak pun memang dalam rm ye.. harga kain baju kat kilang ni memang murah.. tapi disebabkan kami belum lagi survey tempat lain, saya tak berani nak membeli banyak2..
takut nanti ada tempat yang lebih murah..
so lain kali sebelum awak bershopping di vietnam ni, baiklah kiranya google dulu untuk pastikan harga standard bagi setiap barang yang nak dibeli..
ade je blog2 yang share harga barang yang diorang beli..
kat sini saya beli kain pasang untuk saya , abah mursyid dan mursyid sorang 2 pasang..
settle baju raya dan raya haji sekali..
kain pasang yang saya beli tu, pekerja kat sini cakap belum ada jual di mana-mana lagi sebab itu latest design.. saya ni macam ehmm betul ke dia cakap ni..
tapi beli jugak la sebab lawa kainnya... tudung naelofar kat sini murah je uolls... dalam rm20 je kau... memang siap ada tag dan plastik naelofar lagik.. telekung lycra yang ada sulam tu kat sini jual rm35.. kat parit buntar pon jual rm40.. beza lima hengget jekk.. baik beli kat parit buntaq je.. ... hahaha..
kain lace pun murah kat sini..
kat sini pun boleh jugak kalau nak tempah baju yang akan siap dalam masa sehari ..
abah mursyid dok cadang nak tempah kot,
tapi abah mursyid ni cerewet sikit kalau bab nak tempah baju ni,
dia tengok contoh2 kot yang siap jahit kat situ macam kurang kemas,
so dia kata cari tempat lain lah..
habih shopping kat sini kami terus gerak ke mekong..
sepanjang perjalanan ke Mekong tu , anda akan menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau.. dann yang uniknya di sini, di tengah sawah padi ni kebanyakan ada kubur..
berdasarkan cerita tourist guide,
kalau tuan tanah meninggal, akan ditanam di atas tanahnya sendiri sebagai penjaga.. haha...
dan lagi satu kiranya orang yang meninggal tu masih berada dekat dengan ahli keluarga dia la..
ada berani nak g membajak sawah sorang2 ?? hahahaha...
tourist guide tu pun ada bagitau yang barang-barang di Mekong ni jauh lebih murah berbanding di Ho Chi Minh .. tapi berdasarkan survey yang tak sudah-sudah dari saya...
harganya lebih kurang je.. cuma di mekong ni dia memang letak harga murah siap2..
so buleh kurang sikit je..
tapi di Ho Chi Minh dia letak harga tinggi..pandai -pandai komer la mintak kurang..
kalau tak pandai mintak kurang jadi mahal la..
kalau pandai mintak kurang, harga lebih kurang sama je dengan Mekong..
itulah tourist guide kami yang berdedikasi.. lulusan degree uolss .. bukan calang-calang tourist guide pon..haha.. ini dalam bot ye..
anak teghona mintak topi ni.. suka pulak dia topi orang vietnam nih..
lepas tu, dia akan hidangkan air teh dengan madu.. ada pelayan akan bagi penerangan..
cakap melayu belit-belit.. hahaha.. lain maciam bunyi cakap melayu dia..
tapi sekurang-kurangnya dia berusaha sedaya upaya nak cakap melayu.. hahaha..
lepas bagi penerangan, dia akan jual peroduk dia yang semuanya berasaskan madu lebah la..
oleh kerana kesian dia terbelit lidah nak cakap melayu, kami pon beli la madu lebah jugak.. hahaha
lepas tu kami pegi ke tempat proses coconut candy.. boleh ambik yang depa dok buat tu rasa...
kalau nak rasa banyak kena beli la ye..
di sini jugak ada gerai-gerai jual cenderamata.. kat sini saya beli beg je kot..
lepas pujuk rayu dapat murah baru beli.. haha
kat sini guna duit rm pon boleh..
ada jual buah-buah jugak kat sini
lepas tu kami singgah sini.. dia jamu buah-buahan free je. .. smbil kita makan buah ada orang yang nyanyi dekat meja kita tuh.. dah makan buah free kann.. siap dengan alunan suara lemak merdu wanita vietnam, jadinya kena la bagi tips sikit ye...
amad mursyid pon join sekali menyanyi..seronok sungguh dia..
lepas tu kami pegi naik sampan pulak...tourist guide pesan bagi tips jugak ye dekat orang yang dok mengayuh sampan.. sebab kebanyakannya orang susah..
kerja mengayuh sampan tu gaji kecik sangat katanya..
abah mursyid naik sampan yang belakang tu dengan tourist guide..
sebab satu sampan tak leh ramai2..kang tenggelam sampan jenuh berenang pulok..
mak mertua chek pon dok selfie kat belakang tuh,, hehe
sampan ni akan bawak kita balik ke bot yang kita naik masa datang tadi.. memang bot tu tunggu siap2 kat situ..
amad mursyid seronok naik sampan..
nampak tuh bot dah menunggu di situ.. jadi kita akan terus naik bot pulak.. dia bawak ke restoran halal mekong untuk makan tengahari..
lepas makan naik bot dan kembali ke seberang.. dekat jeti tu ade jugak tempat nak shopping.. disebabkan tourist guide tu bgtau di mekong ni lebih murah ,
kami pun shopping la jugak sikit2 kat sini.. kang takut balik ke bandar mahal pulak kannn..
satu lagi kebanyakan kedai-kedai makan di vietnam ni dia ada meja kecik dengan kerusi santai macam tu.. dan ada kedai siap ada buai banyak-banyak.. comel je tengok...
lepas balik dari mekong, kami terus pegi makan malam.. lepas tu free aktiviti..
jadinya lepas makan kami terus pegi pasar malam lagi..
dekat pasar malam ni harga barang yang diorang letak agak tinggi ye..
pastu kalau awak dah banyak2 tanya tapi tak beli memang diorang marah..
saya nak beli beg kipling... saya tanya harga.. dia letak harga rm150.. hahaha melampaui batas..
bila mintak kurang, dia bagi kurang sampai rm70.. nasib baik saya tak beli..
sebab harga rm70 tu adalah sangat mahal..
standard harga beg kipling tu dalam rm30 atau 150 dong je tau..
so dekat pasar malam tu saya cuma beli topeng mulut dan hidung yang kiut miut tu je..
lepas tu balik hotel dan tido..