Quantcast
Channel: my wonderful life
Viewing all 108 articles
Browse latest View live

cara mudah membersih dengan cuka/vinegar

$
0
0
Assalamualaikumm...

surirumah sekarang dah kira banyak sangat lah senang berbanding zaman mak n nenek kita dulu kan.. tapi dalam senang2 tu nak jugak cari tips2 yang menyenangkan lagi keje2 rumah.. 
punye la pemalas... kekeke... opss bukan pemalas cuma inovatif lagi berinisiatif.. haha...
tapi jangan risau memang ada je macam2 cara untuk menyenangkan lagi keje kita.. 
murah, mudah , cepat lagi menjimatkan..

saya rasa semua rumah mesti ada cuka kan.. hah kalau tak de bawak2 la pegi beli.. 
bagi ada kat rumah untuk kegunaan mencuci kalaupun awak tak guna untuk masak..
sebab awak tak masak sangat..keke...

rupanya ,dengan cuka ataupun orang kampung kite panggil vinegar ni, boleh digunakan untuk mencuci dengan mudah dan senang sangat-sangat..


1) sinki tersumbat

ha selalunya kalau sinki tersumbatkan kita akan keluarkan penyedut untuk sedut2 keluarkan benda2 yang tersumbat dalam sinki tu kan..
kekadang mau becak ketiak jugak la dok tekan2 tongkat sakti tu tapi tak jugak berhasil.kekeke...
.witwit.. tak payah le ahkak2 susah payah nak henjut penyedut tu..
cara mudah hanya dengan tuangkan sedikit baking soda dan sedikit cuka dalam sinki yang tersumbat tu..
serta merta segala yang menyumbat akan terhapus.. senang kan..
tak sempat nak kenyit mata sinki dah clear.. kekeke...

gambar dari cik google..


2) menyahbau tong sampah

tong sampah terutamanya yang bertutup memang berbau tahap tangki kumbahan la kan.. 
dah nama pun tong sampah...segala jenis sampah sarap kau campak masuk situ.. mane tak bau nye.. kalau spray dengan minyak wangi chanel ORIGINAL pun belum tentu bau tu hilang..
cara mudah menghilangkan bau tong sampah awak yang amat dahsyat tu ialah dengan cara tuangkan cuka pada sekeping roti.. 
pastu letakkan roti tu dalam tong sampah tu semalaman.. 
esoknya buang roti tu dan confirm hilang segala bau busuk yang meresahkan rongga hidung tuh..


3) cuci microwave

cara mudah nak cuci microwave ialah dengan campurkan satu bahagian cuka dengan 3 bahagian air dalam bekas.. 
masukkan dalam microwave dan on kan selama lebih kurang 4 minit. 
lepas tu angkat bekas dan lap lah microwave seperti biasa.. 
segala kotoran yang dok meronta tak mo kelua akan kelua dengan rela hati.. haha .. senang le awak nak mencuci kotoran yang degil sesangat tuh...


4) menanggalkan kotoran degil pada kuali

kalau kuali biasa kita boleh gosok dengan berus dawai tu kan.. 
kalau jenis nonstick tak dapek la nak tonyoh kuat2 kan. so cara mudah dia ialah masukkan satu bahagian cuka dan air dalam kuali atau bekas yang ada kotoran degil tuh, 
pastu masakkan atas api dalam 5 minit.... lepas tu  .. akan mudah dicuci... insyaallah.. 


5) pencuci serbaguna

haaa,,tak payah le awak susah payah beli macam-macam pencuci..hanya campurkan 1/3 cuka dan campur dengan air dan sedikit pencuci pinggan.. siap..
boleh mencuci dengan mudah dan jimat kan..



ok selamat mencuba ye ibu2 ..
 ade banyak lagi kegunaan cuka nih.. nanti kalau kite rajin sesangat kite share lagi ye..



Raya Giveaway :Jualan Raya Meletop 2015

$
0
0
    Assalamualaikum..

hari ni ada masa free sikit , so sempat nak mengadap laptop lama sikit.. 
dan ternampaklah satu giveaway yang menarik dikongsikan oleh beberapa orang blogger..
saya pun tertarik dan terbaca... 

rupa-rupanya nile.com.my sedang melangsungkan giveaway bersempena aidilfitri yang bakal tiba 
hadiahnya pula sangatlah  menarik..
terutama bagi makhluk allah yang suka shopping online macam saya... hadiah dia ialah  voucher membeli belah sebanyak rm150 untuk 5 pemenang bertuah.. 
sapa la yang bertuah tu kann.. macam akak jee... kekekek

kebetulan pulak minggu lepas saya dah window shopping kat nile.com.my ni, dah aim dah apa yang berkenan dihati, tunggu masuk gaji je nak sambar la barang tujuh lapan lai baju, haha..
.thomak kann...nak raya sakann weyy...
untung -untung dapat voucher rm150 boleh shopping dengan bahagianya...
maka bergayalahh daku di hari raya ..

cara nak join pun senang je... 

buat entry dengan tajuk Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015 

letak banner di bawah ni dan link kan dengan page ini http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

pastu pilih 5 barang yang awak berkenan bebeno yang ada di dalam jualan raya meletop letop tu 

kemudian, emailkan penyertaan anda ke 
give_away@nile.com.my 
dengan melengkapkan butiran berikut

subject : Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015
url blog : 
nama penuh :
nombor Telefon: 

 

tarikh tutup penyerta ialah pada 14 Julai 2015 tepat jam 11.59pm ye 
lambat semenet tersingkir.. kekeke

kalau awak dah buat segala bagai benda yang kena buat, pastu siap baca mantera ,mandi bunga air telaga tujuh bagai untuk dapat aura bertuah, so boleh la chek keputusannya di http://www.nile.com.my/page.php?cd=103 

okeh sekarang jom kita verangan shopping dengan voucher rm150 .. kalau dapat la kannn.. 
saya dah kenalpasti 5 barang yang saya nak rembat tanpa menoleh belakang lagi...muehehe..



Price Meletop: RM17.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 200 pieces


Product: Haniya Mixed Color Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 200 pieces



Product: Tassel Retro Stylish Bag
Price Meletop: RM9.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 11.00am 

Quantity: 250 pieces 



Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 80 pieces



Product: Haniya Paisley Jubah
Price Meletop: RM29.50
Date: 06/07/2015
Time: start: 11.00am 
Quantity: 100 pieces


okeh itu je ...senang kannn.. jom la join ramai-ramai meriahkan mejlis...
jangan lupa email kan penyertaan anda ye..
maklumat lebih lanjut singgah ke blog lisa faizureen ye..

pemenang dipilih melalui random.org..
juri awam dan juri profesional tidak diperlukan...
jadinya semua yang join ada peluang menang..
yang tak join gigit jari je la.. mueheehe

okeh selamat join, semoga murah rezeki...
selamat berpuasa dan selamat bertarawikh



Tudung Nur Kasih Kini di ZALORA

$
0
0
Assalamualaikum...

ingat tak drama Nur Kasih yang ditayangkan kat tv3 tahun 2011 kalau tak silap saya..
lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak yang meletop letop tahun tu.. 
abah mursyid yang tak pernah-pernah layan drama melayu pun terjebak jugak..
sampaikan dia pulak yang terpacak depan tv lebih awal dari saya  bila tiba waktu siarannya...kekeke... 

sape-sape yang layan drama nurkasih, mesti tau kan watak  Tiz Zaqyah dalam drama tu sebagai wanita Melayu yang sopan dan berhijab. 
Dan kalau awak perasan kan dalam setiap episod drama tu Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina pakai tudung jenis express hijab ataupun tudung instant ataupun tudung nak cepat...haha...  perasan tak ?? . 
kalau tak perasan bawak2 la pegi cari balik drama nurkasih tuh.. .. 

dan Sejak daripada  tu jugak , tudung ekspress ni  jadi ikutan ramai wanita berhijab  termasuklah yang dok membebel nih..
 tambah-tambah pulak masa tu anak tengah rancak meneroka dunia, 
so tudung ekspress ni memang pilihan paling tepat dan cepat  la kann...


 


sebenarnya entri ini bukan nak mengulas lanjut atau nak mengimbau kembali  drama nurkasih tuh..  
Saya cuma nak kongsi pasal jenama tudung terbaru iaitu tudung Nur Kasih yang secara kebetulan  namanya sama dengan drama tu.... ngehheheh

tudung nurkasih ni bermula secara kecil-kecilan je,  akhirnya jenama tudung ini mendapat sambutan yang hangat daripada adik, kakak, makcik dan nenek yang berhijab .... 
maksudnya sambutan daripada semua peringkat umur la tu.. haha... 
dan yang paling syioknya sekarang jenama tudung nurkasih ni boleh didapati di laman web ZALORA Malaysia. 
hah apa tunggu lagi jom terjah reramai ke laman web zalora.. maciam-maciam ada..


seperti yang hakak bebelkan tadi , Koleksi tudung Nur Kasih ini sesuai dipakai oleh semua yang bergelar wanita dari semua peringkat umur .. yang tak berhijab pun buleh pakai jugak eh.. 
kot2 nak berhijrah, boleh mula dengan tudung ekspress dulu kannn... heee.. 
dan koleksi tudung nurkasih juga ditawarkan dalam pelbagai pilihan  warna yang sangat-sangat cantek tahap mulut ternganga lalat masuk tak sedar... kekekee...




Bukan itu je, tudung Nur Kasih juga menawarkan pelbagai rekaan tudung yang terkini dan saya pasti ianya menepati citarasa bukan sahaja ahli mesyuarat tingkap malahan masyarakat sejagat..  

kan sekarang ni kekakak suka pakai instant shawl pulak kann... 
yela teringin jugak nak pakai shawl kann , tapi jenis nak cepat...
so nak pakai tudung jenis seminit je siap, haa .. 
Koleksi instant shawl juga turut ditawarkan oleh jenama ini dengan harga yang cukup berpatutan! memang patut sesangat lah..



dan yang paling penting, jenama tudung ini juga sentiasa memastikan hanya tudung-tudung yang berkualiti sahaja dikeluarkan dengan menggunakan fabrik yang benar-benar berkualiti demi memuaskan hati para pelanggan yang disayangi..

Get Your Stuff at Ebay

$
0
0
assalamualaikumm...

Have you ever experienced doing online shopping with ebay before? 
Well, as for the introduction, ebay is a well-known e-commerce player from America which basically offering all kind of goods under one website. 
From fashion items to gadgets, all can be purchased by you with easy online transactions.

I think most Malaysian is kinda familiar with mudah.my rather than ebay. 
I would say the concept is pretty similar but in ebay, you have to bid for the good in order to complete the transaction. 
In other word, the highest bidder wins! The highest bidder a.k.a the buyer must pay for the item plus shipping and also the handling fees. 
While the reseller will packages and sends the item to the buyer.


And for your information too, ebay is one of the most trusted e-commerce and has widely used globally. 
So if you want to have your first experience with ebay now, I would suggest you to visit Shopback Malaysia (http://shopback.my) first as you’ll be getting additional promotions, coupons and cashback!



But how it works? Well, ebay is one of the affiliated partners or merchants that featured under Shopback Malaysia. 
Just make your online purchase as usual at ebay through shopback and your cashback will be credited to your account within 1-3 working days. 
The cashback you’ll be getting is actually some portion of commission received by Shopback from ebay. 
What a wonderful way to have your first experience at ebay and see ebay latest promotions here .

cara buat sendiri big bubble

$
0
0
Assalamualaikum..

minggu sebelum CNY haritu adalah minggu terakhir kami di Bintulu , so abah mursyid n kawan dia plan nak berpicnic di pantai temasya bintulu.. 
sebabnya isteri kawan abah mursyid pun dapat pindah ke semenanjung jugak..
so kira farewell party la konon.. kekeke... mula2 plan nak pegi pagi-pagi.. saya pun siap-siap apa yang patut untuk bawak ke sana..
 tetiba hujan turun..lebat pulak tu.. huuh.. terus program ditunda ke lepas zohor.. 

sehari sebelum tu saya memang dah janji dengan mursyid nak main big bubble..
apa lagi seronok la si mursyid..  cadangnya nak bawak g main kat pantai..main ramai-ramai dengan anak-anak kawan abah mursyid, tapi dah program ditunda,
mursyid pulak asyik tanya bila nak buat big bubble ni mama.. 
dia kalau dah janji tu memang dia akan tanya selagi tak dapat.. so untuk memuaskan hati mursyid, saya pun buat la big bubble untuk main kat rumah dulu.. 

senang sangat nak buat big bubble ni.. 

bahan-bahan yang saya guna 

6 cawan air
2 cawan pencuci pingan( apa2 jenama..saya guna cap labour)
1 cawan corn syrup (saya guna karo)
2 sudu besar baking powder

untuk makluman saya tak ikut sangat pun sukatan tu.. main letak je.. hahaha..



untuk buat benda alah tu (bubble wand)

bahan-bahan

kayu (saya guna chopstick yang besar) beli kat supersave je
tshirt cotton yang dah tak guna ataupun benang yang besar tu
gunting

tshirt abah mursyid memang banyak yang tak pakai dah.. apa lagi ..jadi mangsa kerakusan mak mursyid la... hahaha...

tshirt tu gunting kat bahagian bawah.. so kita akan dapat bentuk bulat kan..
lepas tu ikat je kat kayu chopstik..
saya gunting sikit kat kain tu buat lubang sikit untuk cucuk masuk choptick tu.. siappp..


lepas tu boleh celupkan kayu tu dalam sabun yang kita bancuh tadi dan bergembiralah dengan big bubble anda.. hahaha...
disebabkan kat rumah tak de angin sangat ... saya pasang kipas je..senang cerita...


petang tu saya bancuh lagi sekali untuk bawak ke pantai temasya pulak untuk main dengan anak2 kawan abah mursyid pulak..
memang seronok la bebudak tu main.. bukan budak2 je seronok..mak n bapak budak pun tak kurang beronok-ronok nya..
tapi sayangnya angin tak berapa kuat pulak petang tu..
selalu kat pantai tu angin menderu2..sampai terselak-selak kain...hahahha...
 time kami main bubble tak de angin la pulok..


nampak tak kegigihan mursyid meniup sebab tak berangin...hahah... sian awak nakk...

selalunya orang jual bubble tu rm5 untuk 150ml air buih tu..
kalau anak awak ramai jenuh hangkut la kan.. baik buat seniri je..satu baldi awak boleh buat ..
boleh anak-anak awak main sampai telentang.. hahaha..

kalau nak buat bubble yang lebih besar/giant bubble, kena buat bubble wand tu lagi besar la

sebenarnya ada banyak resepi nak buat big bubble ni.. cara paaaaaaling senang ialah 
satu botol pencuci pinggan joy campur 4 sudu tepung ubi dan bancuh dengan 1.5 liter air.. haa 3 bahan jek... Senang kannn ... cubalah yee

jalan-jalan penang

$
0
0
Assalamualaikum..

haa nenek kebayan dah keluar hari ni.. .nak cerita pasai jenjalan ke penang..  sementara nenek sedang bercuti ni dapat la nenek membebel kat sini dengan aman.. 

cuti cny baru2 ni, kebetulan pulak sek cuti seminggu, kebetulan pulak saya dapat pindah ke perak, kebetulan beli tiket nak balik semenanjung cny tu, tup2 dapat pindah..kira balik terus la... haaa banyak beno kebetulan di situ.. 
, so kami terus balik ke kampung saya di kedah..

lepas 4 hari di kampung,. saya ajak abah mursyid pegi jenjalan ke penang.. 
sejak2 jadi orang sarawak, jarang sangat dah pegi jalan-jalan ke penang.. 
pegi penang pun terus ke airport jek.. 
lagipun saya tak penah lagi sampai ke bukit bendera selama hidup ni.. sadiskannn.. haha.. 
dannnn yang paling kebetulan sekali, hari sabtu tu ada event mood republik... hahahaha... 
pssst sebenanya yang tu adalah objektif utama saya ajak abah mursyid pegi penang... saje je bagi alasan paling menyentuh hati nurani tak penah pegi bukit bendera seumur hidup.... kekekeke

so hari jumaat tu kami bertolak dari kampung saya..penang dengan kampung saya tu dekat je pun... 45 minit je.. haha....so kami naik feri untuk ke seberang sebab mursyid nak naik feri.. 
bawak dia naik feri dulu umo die baru setahun kot.. mak dia pun dah lama beno tak naik feri penang ni.. agak jakun sikit2. sebab kereta pun dah boleh masuk tingkat atas.. 
kalau dulu pejalan kaki jek kat atas.. 


nampak tu muka syok dapat naik feri..aha
lepas dah selamat menyeberang ke pulau , kami terus ke hotel yang abah mursyid dah book iaitu neoplus hotel . hotel ni hotel baru, sooo memang kami rasmi la kira bilik tu.. 
baru dibuka 2 hari masa kami pegi tu.. kira dok bau kedai lagi la orang kata...haha.. 
hotel ni dekat je dengan komtar..boleh la jogging2 pastu terus sampai komtar.. haha


\
pemandangan dari tingkat 23 hotel neoplus

lepas check in .. kami terus kelua g cari makan.. abah mursyid teringin nak makan nasi kandar beratur.. soo kami pun terus ke sana.. lokasi dia bersebelahan masjid kapitan keling.
 memang kena beratur.. kalau hampa rasa lapaq sangat dah jangan gigih nak p rasa nasi kandaq beratoq nih.. 
mau ketaq2 lutut jugak beratuq baru dapat makan.. haha..

masjid kapitan keling

nampak tak masyarakat malaysia yang penyabar lagi berdisiplin di situ.. hahahah.. 
sanggup beratur ikut giliran demi sepinggan nasi

pada pendapat anak tekak saya, tak berbaloi sangat lah berator panjang2..sebab tak sedap tara mana pun eh.. mungkin bagi peminat nasi kandar berbaloi la kot... kalau tak, takkan la orang sanggup beratur penuh kesabaran kann..

lepas dah tersandar kekenyangan, kami terus gerak balik ke hotel.. sebab mursyid tak sabar2 nak mandi swimming pool.. sampai hotel je terus salin baju , n terus pegi mandi kolam.. 

lepas solat maghrib, kami kelua ke padang kota pulak.. wajib la pekena pasembor kat padang kota tu kan.. 

pasembor padang kota.. 

lepas pekena pasembor, kami lepak2 jap kat padang kota tu..
belikan mursyid bubble tuh, pastu mak n abah mursyid pun dating la.. hahaha...
anak main bubble kann.. tak la dia kacau mak abah nak dating kat padang kota ni ha.. kekeke

lepas habis merendek kat padang kota, kami pun balik ke hotel untuk beradu... 
kena rehat cukup2..sebab esok ada acara penting...acara shopping sampai pitam.hahaha...esok paginya.. cadang nak g serbu mood republik seawal jam 7 pagi... hahaha... tapi macam biasa la.. pukul 9 lebih baru kelua.. dan terus ke SQCC ... sampai sana orang dah ramai.. parking penuh.. 
jenuh cari parking jugak la..


nampak tak muka tazabar nak shopping tuh.. 


masuk-masuk je terus rembat 2 lai tudung qaira hijab.. sungguh gelojoh ini mak cik

abah mursyid n mursyid bagi peluang mak mursyid shopping tanpa gangguan.. 
dua beranak tu bawak diri ke mana tak tau la.. 
mak mursyid boleh shopping dengan tenang.. nikmat dunia sungguh... hahaha...

dah habis shopping, abah mursyid ajak pegi bukit bendera..
kan bini dia tak penah pegi bukit bendera seumur hidup...haha.. pegi2 bukit bendera, 
orang punya ramai.. berato lagi panjang2 untuk naik train ke atas bukit pulak.. huhuu.. 
terus patah balik n tak jadi naik bukit bendera..
 lain kali kita datang lagi abah mursyid kata.. 
untuk memujuk hati mak mursyid yang kecewa tak dpat naik bukit bendera, 
abah mursyid pun ajak g makan laksa janggus.. sebab femes kann laksa tu, kami pun teringin nak rasa jugak la.. tambah2 pulak saya ni memang penggemar laksa.. 
gigih la pegi cari laksa janggus pulak..


kat laksa janggus ni pun kena berator jugak.. haha.. berdisiplin sungguh masyarakat penang ni.. 

berato punya berato baru la dapat semangkok laksa.. sekali lagi anak tekak saya mengatakan, buat penat berato jek..
 laksa dia biasa2 saja pada saya.. berlambak lagi laksa sedap2 yang tak payah berato2 pun.. 
terus duduk n dapat makan ..haha.. 
terus terang cakap rasa rugi je datang jauh2 sampai ke balik pulau nih semata2 untuk laksa ni.. mungkin tekak orang lain kata sedap.. tak tau la kan..

lepas kecewa dengan laksa berato tu.. kami pun terus balik... sampai rumah terus susun barang2 yang di borong di mood republik tadi.. 
hilang kekecewaan dengan laksa berator bila tengok banyak hasil borongan..hahahahah..
boleh tido nyenyak malam ni..kekekeke


tediaaaa hasil borongan di mood republik..

nota cinta: akhirnya saya dapat jugak naik ke bukit bendera.. next entry insyaallah

resepi roti jala dan kuah kari

$
0
0
Assalamualaikum..

minggu ni saya bersiaran dari bintulu.. saya n mursyid datang ke sini jenguk abah n jenguk rumah yang dah 3 minggu di tinggalkan... 
so bila dah kembali ke dapur saya, mood masak pun datang bertalu2..
kalau boleh nak masaaaaak je sepanjang hari.. kekeke...macam la rajin sangat dia tuh..

hari tu pegi jamuan kat sekolah baru, ada roti jala.. saya makan sikit je.. 
sebab dah terlalu kenyang makan mee kari n bihun..
haa itula padahnya melantak tak pandang kiri kanan.. 
dah kenyang baru perasan kehadiran roti jala disitu.. haha..
disebabkan teringin jugak nak rasa, saya makan jugak la sikit..
 sumbat jugak walaupun kenyang.. 

disebabkan itulah saya buat sendiri roti jala supaya saya boleh makan hingga kenyang lagi puas tahap maksima.. haha... melampau..

bahan-bahan roti jala:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair/santan
kunyit/pewarna kuning (saya guna kunyit)

resepi ni saya ambil kat azie kitchen
cuma saya buat sukatan separuh je.. sebab tak ramai pun yang nak makan kat rumah ni.. 
saya n abah mursyid je..

cara buat:

saya blend je semua bahan tu.. lepas tu saya tapis sebab tak nak ada yang berketul.. 
lepas tu bolehlah mulakan menjala..
tak payah pegi laut nak menjala.. kat dapo pun boleh.. tangan yang memegang senduk bisa menjala jugak.. kekeke

tediaaa roti jala ku.. mahap le tahap jala koyak je mampu.. 

bahan untuk kari ayam:

bahan A
1/2 ekor ayam dipotong halus
2 biji kentang dibelah 4
1 biji tomato dibelah 2 (tak letak pun tak pe)
1 tangkai daun kari (ambik daun saja no.. jangan campak sekali tangkai pulak.. haha
kiub pati ayam- secukup rasa
garam
gula
air

bahan B(untuk menumis)
2 labu bawang merah (hiris nipis)
1 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

bahan C
1 labu bawang besar -kisar
2 ulas bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
1/2 inci lengkuas-kisar
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan air)

cara penyediaan :
panaskan minyak dalam kuali, dengan api kecil, tumis bahan B hingga naik bau. kemudian masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga rempah masak.

masukkan ayam dan daun kari, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi

masukkan kentang, kiub pati ayam dan air secukupnya

perasakan dengan gula dan garam secukupnya. biarkan mendidih sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan tomato.

resepi ni saya ambil dari majalah saji.. memang best kari ayam guna resepi ni.. 
memang ngam dengan roti jala.. kira ada chemistry la.. mungkin jodoh mereka.. haha

dah siap menjala n mengari.. jom kita baca doa makan.. pehtu kita makan puas2..



jalan-jalan masjid jamek

$
0
0
Assalamualaikumm..


syukur alhamdulillah saya dah pun berpindah balik ke semenanjung...
 tapi yang tak bestnya, abah Mursyid belum dapat pindah lagi... 
dia masih setia jadi penunggu rumah kami di Bintulu....so kira PJJ la kami sekarang ni.. 

memandangkan si abah di Bintulu si mama dengan si anak di Perak, jadinya asal hujung minggu je, yang di bintulu dah panas punggung dok sorang-sorang kat sana, 
keja nak sedekah jariah kat air asia je la..  ..weekend je terbang balik KL.. 

dan si mama dengan si anak pulak bercuti di kl la bila hujung minggu.. tapi tak la tiap2 minggu.. kalau tiap-tiap minggu kopak la.. 

kali ni abah balik kami stay kat hotel je...tak gunakan khidmat  penaja penginapan yang sedia berkhidmat..yakni rmh adik beradik...... haha... 
kengkonon nak mengabihkan masa bersama keluarga kecik yang dah jarang-jarang bersama ni...

sooo.. malam jumaat abah sampai kat klia2, mama n mursyid naik bas dari Perak sampai ke KLIA2. jumpa abah kat situ ,pastu terus ambik teksi ke hotel sri langit.. saya dah book awal kat agoda.. 
so dapat harga agak murah la... dan hotel ni dekat je dengan KLIa2.

hotel ni ala-ala macam dalam kapal terbang tau...
 pekerja dia pun pakai macam pramugari n pilot .. 
sesapa yang tehingin sangat nak jadi stewardess tapi tak cukup ketinggian atau tak cukup anggun atau tak cukup fasih cakap omputih sila la hantar resume ke hotel sri langit.. kekekke....
dapat jugak merasa pakai ala2 pramugari kan..jadi le dari tak de langsung kann...

kelihatan pilot pencen kembali bertugas...... kekeke

pintu bilik pun ada motip awan giteww

lampu dia ala-ala tingkap flight.. feeling dok kat business class lam flight la kira.. kakaka.. business class pun tak de tilam empok gini...

pihak hotel juga belanja pemandangan indah ni lam bilik.. hehe

esoknya, lepas breakfast kat hotel, kami terus gerak ke stesen erl..nak ke KL pulak... naik van yang disediakan oleh pihak hotel dengan caj rm10 sorang.... 


amad mursyid nak betul-betul menghayati erti naik erl.. kekeke

jumpa train ni plak.. apa lagi posing la kejenye



soo sampai je kat hotel lepas check in n masuk bilik, rehat jap.. bagi mursyid tido.. 
dannn mak mursyid pun turun merayau-rayau ke jalan tar.. 
wahh terasa diri single mingle bila jalan sorang-sorang.. 
senangnyaaa nak shopping.. senang jugak le duit kelua dari dompet.. huhu 
misi shopping untuk mama le pulak.. 
saya dah book awal-awal citin hotel kat agoda . 
hotel ni dekat sesangat dengan tempat shopping Masjid Jamek.. 
betul-betul terletak dalam Bazaar kat Masjid Jamek tu.. 
cekap betol mama mursyid ni kann..haha...

laluan masuk ke hotel ni betul-betul dalam bazaar masjid jamek tu

ini tempat makan kat citin hotel tu

pemandangan dari bilik kami

mak mursyid ronda-ronda cuci mata duluu.. ronda kali kedua baru cuci dompet..ngehngeh

lepas ronda sorang-sorang sampai bentan, saya balik bilik mandi n solat.. 
malamnya abah mursyid ajak g sogo plak..kali ni ronda-ronda satu korga la ... 
abah mursyid kata nak cari kasut.. rasanya rak kasut kat umah tu dah sendat sangat.. 
sampai berlapeh2 kasut dalam tuh.. ehmmm

cari punya cari kasut tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati dia ... 
dia memang susah sikit bab nak cari barang ni..
 kalau tak kena gaya dengan dia...harap maaf le..sila cuba lagi..kekeke

last-last dapat barang mama yang banyak...hakhak..



balik dari sogo, sempat layan geng buskers ni jap..

lepas tu kami terus balik ke hotel dan beradu..

esok nya lepas breakfast kat hotel, kami kelua jalan-jalan lagi seawal jam 8 pagi.. 
.  naik lrt dari stesen masjid jamek ke bandaraya.. punya laaaa malas jalan.. 
saja nak meronda kotaraya Kuala Lumpur di awal pagi...
jalan lengang je.. sogo pun tak buka lagi.. haha





meronda sampai ke bangunan busana.. butik-butik kat situ pun tak buka lagi.. 
kite jenguk-jenguk dari sebalik cermin je la.. 
abah mursyid saje ajak jalan-jalan sebelum butik-butik tu buka agaknyee..ehmmmm
pastu balik ke hotel, siap-siap n check out..

renung nasib diri yang kena pukau dengan bini sampai tak sedar boleh tahan banyak jugak bini dia shopping... kakakak..






phi lea resort ayer keruh Melaka

$
0
0
Assalamualaikum...

Sebelum balik  bercuti hari pekerja, abah mursyid ada tanya saya nak pegi bercuti ke mana masa dia balik nanti.. 
Saya cakap nak pegi ke tempat yang tenang lagi mendamaikan.. nak release betul-betul.. 
tak nak fikir hal keje atau apa-apa yang boleh mendatangkan stress dan menambah kerut di muka... cukup-cukup lah dengan kerut-kerut yang sedia ada..kakaka

Dan saya juga telah membuat perjanjian hudaibiyah dengan abah mursyid untuk tidak menjejakkan kaki ke tempat shopping langsung.. kira nak cuti betul-betul kali ni.. 
sebab abah mursyid kate, selalu asal pegi bercuti je, wajib pegi shopping.. 
tak rehat la kalau shopping sebab penat berjalan katanye... alasan je tuh..
tapi mak mursyid pasrah.. dan terima dengan hati terbuka.. tapi kali ni je kot..kekeek

so abah mursyid bawak kami bercuti ke philea resort ayer keroh melaka.. 
Plan asal nak stay 2 hari, sekali ada kenduri le pulok kat perak.. Kenduri kawan abah n kenduri sepupu abah.. Jadinya, kami stay semalam je kat melaka.. 

abah mursyid book phi lea resort ni kat groupon je.. kebetulan ada promo.. dapat harga mampu milik la kann.. kalau harga asal dia..memang terkebil-kebil je la kann...

kami sampa1 kat Melaka dah pukul 1 tengahaari.. bertolak dari KL pukul 10 pagi  jalan jem masa tu.. 
sampai-sampai je terus g cari makan la.. cadangnya nak g makan kat malim ikan bakar.. 
dekat dengan MITC tu, tapi dia tutup le pulok hari tu.. 
pastu terus gerak ke restoran asam pedas pulak yang dekat area menara taming sari tu.. asam pedas selera kampung.. memang sedap n puas hati..

lepas makan , kami terus ke philea resort untuk check in.. lepas kita check in, dia akan bawak kita naik buggy untuk ke chalet kita .. tapi nak kena beratur nak naik buggy ni.. lama jugak kami tunggu.. 
dan lagi satu yang tak bestnya, kereta kena parking di luar ...
agak jauh dari lobi yakni tempat nak check in.. 

ni gambar masa kami naik buggy.. gambar terpaksa dikecilkan supaya muka mak mursyid yang sebesar talam itu dapat dikecilkan kepada saiz piring... ngehngeh

dah masuk dalam resort dan inilah suasananya.. memang mendamaikan.. 


dari balcony chalet kami.. kami dapat chalet di bahagian atas..

chalet ni kembar empat.. kira semi D dua tingkat la... kakaka.... dua di bawah dan dua di atas..
 kami dapat bahagian atas.. 
saya rasa best lagi yang atas kot.. 

eh eh nampak kurus la mak mursyid...kekekek

ini lah chalet kami.. cantek kann.. rase nak tinggal sini tak nak balikk.. 

mursyid kata .. mama, mursyid nak rumah kayu je lah.. tak nak rumah kita.. 
hamboiii hang anak.. tak agak-agak..


Lepas masuk bilik,3 beranak pakat lawan jakun tengok bilik cantek lagi unik , 
dengan bilah kipas bentuk daun, dengan pintu bilik air jenis selak kayu mcm rumah dulu2.. 
segala-galanya kayu lah.. 
tivi bukan kayu la.. kalau tv kayu gak memang dahsyat...ngehngeh...
Memang unik lah.. 

Lepas rehat n solat , terus pegi cari kolam renang la.. 
Sebab mursyid dah tak sabar-sabar nak buat kuak kupu-kupu.. 
Mak dia pun nak tumpang sekaki la.. 
Mak dia masuk kolam jadi badak berendam la jawabnya... Kakakaka

amad mursyid paling excited.. 


badak berendam n anak nya..kaakaka..  

gamba kat kolam renang, selepas diteliti dan melalui tapisan filem , hanya yang ni je lulus... sebab gamba lain background nye dipenuhi manusia yang kekurangan baju ..mueheheh 

seberang kolam tu ada cafe dan  bilik indoor game untuk kanak-kanak..


kolam ada banyak.. tapi yang dibenarkan mandi cuma yang hujung sana sahaja..

si abah mursyid hanta kami ke kolam, pastu dia kelua g beli makanan untuk makan malam nanti.. 
so makan malam kami hanyalah burger sorang sebijik.. 

lepas makan malam, saya dok nampak tilam empuk n bantal gebu je laa.. dah penat sangat rasa.. 
tapi abah ajak keluar jalan-jalan pulak.. 
jadinya kami pun keluar jalan-jalan la..


beginilah suasana di malam hari di sini.. 

kami pegi ke spa.. sebab saya rasa macam nak merehatkan diri.. 
pegi tanya n ingat nak massage terus la kan.. 
suruh abah n mursyid balik dulu la sementara saya memanjakan diri ,
 nasib baik tanya dulu, rupa-rupanya dah fully book utk malam tu.. 
esok pagi baru boleh.. 
tak jadi lah..
so kami pun balik bilik dan ttidur..

esoknya , bangun pagi dan pegi breakfast kat cafe nusantara..
maciam- maciam cam jenis menu ada.. memang puas hati la makan kalau jenis perot besar tong sampah majlis bandaran... kakakak...
sangat rugi lah bagi yang makan sikit pun dah penuh perut macam saya... 
nampak sangat perut kecik ..eh eh..



lepas breakfast kami meronda lagi.. menikmati angin pagi pulak kann.. 
lagi pun pukul 12 nanti dah nak checkout.. rugi mamps.. laaa kalau tak ronda.. 
bukan senang nak datang tempat macam ni..


ini pulak villa ye.. so kalau datang dengan korga besar, elok ambik villa laa

lepas habis meronda, kami balik bilik n tukar baju mandi n pegi berendam lagi.. 
layan je la kehendak si anak.. 

lepas berendam sampai kembang... ,, 
kami balik bilik dan siap-siap untuk check out.. 



masa nak check out, sekali lag buggy tu akan datang hangkut .. 
tak payah jalan kaki.. tapi bukan jauh sangat pun chalet kami dengan lobi tu,,,
jalan kaki pon boleh.. tak dan nak bentan kaki dah sampai..

lepas checkoutttt... kami bergegas terus ke kenduri kawen kawan abah mursyid di teluk intan.. 

sekejap sangat stay sini.. tak puas sangat .. 
mungkin len kali kena datang lagi ye dok abah??? ngeeeeee....

resepi seri muka

$
0
0
Assalamualaikum..

bila tengok si pandan kat belakang rumah yang tumbuh subur, terus rasa nak masak sesuatu..
ehmm fikir punya  fikir.. ting.. rasa nak makan seri muka la..
jadi mak mursyid pun tanpa berlengah lagi terus mengorbankan beberapa helai daun pandan..

masuk dapur terus proses bahan-bahan nak buat seri muka..
petua untuk seri muka sedap, sebelum nak prepare bahan-bahan nak buat seri muka,
pastikan muka anda berseri-seri bak pengantin .. sebabnya kalau muka kusam tak berseri langsung,
 seri muka pun jadi tak berseri dan tak sedap... kekekke...

bahan-bahannya

lapisan bawah
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam

lapisan atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air tapisan pandan
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam
pewarna hijau (optional)


cara penyediaan :
basuh beras pulut dan rendamkan sekejap. saya tak rendam pun.. sebab nak cepat.. biasela.. nak cepat je kan saya ni.. haha...
tapi berdasarkan pengalaman yang saya buat seri muka sebelum ni, saya rendam beberapa jam..
dan hasilnya pulut tu agak lembik.. so kalau rendam pulut, kuantiti air untuk masak pulut perlu dikurangkan..

masukkan beras pulut, santan cair( saya buat satu setengah cawan air + 1 cawan santan) dan garam ke dalam loyang dan kukuskan..

bila pulut dah masak, lapik dengan baking paper atas pulut tu dan tekan bagi padat..

untuk lapisan atas pulak, masukkan bahan-bahan untuk lapisan bawah dalam pengisar, kisar sampai sebati dan kemudian tapis ke dalam kuali nonstick dan panaskan sekejap sahaja...

lepas tu tuangkan atas pulut tadi dan kukus selama 30 minit..

bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru boleh potong k.. jangan gelojoh sangat ye kekakaks...


periuk kukus baru beli dengan tanda harga tak buang lagi...kakakakak gelojoh sangat

dah siap seri muka kite.. nampak berseri kannn.. maknanya kite berseri sesangat masa tuh...kekekkee

dah potong cenggini la rupa paras dia...ngehngeh

Jalan-Jalan ke Kelantan dan Terengganu 1

$
0
0
Assalamualaikummm..


say ada mengemukakan cadangkan kat abah mursyid nak g berjalan ke terengganu cuti sekolah bulan 8. . haha sebabnya dalam Malaysia ni, negeri Terengganu je yang saya belum pernah sampai.. 
dari sabah sampai ke perlis semua dah sampai kecuali Terengganu.. 
disebabkan kesian kat bini dia yang tak pernah sampai terengganu, 
abah mursyid pun setuju nak ke terengganu.

kebetulan pulak, ofismate abah merangkap kwn lama mak n bapak mertua saya jemput pegi kenduri kawen anak sulung dia di kelantan.. jadinya sekali harung la orang kata.. 
alang2 g makan kenduri kat kelantan, lajak la p terengganu terus.

jadinya kami bertolak dalam pukul 11 pagi dari rumah.. singgah gerik solat dan makan. 
saya dah siap2 masak untuk bekal makan tengahari.. 
jadi kami makan terus dekat masjid.. lepas makan kami teruskan perjalanan.. 
sampai kelantan dah petang..kami pergi makan siap-siap lepastu  terus ke hotel.. 
abah mursyid dah book habib hotel kota Bharu kat agoda. masuk check in, 
angkut barang masuk bilik mandi, solat dan tidurr..

Esok pagi kami check out , breakfast kat hotel , lepastu pegi shopping sikit dekat pasar siti khadijah. 

makan dulu sebelum jalan-jalan shopping

lepas selesai shopping, kami terus pergi rumah kenduri.. 

dan la bergambaq dengan pengantin ..mursyid mana ???haha

lepas makan kenduri, bergambaq dengan pengantin, salam2 mak ayah pengantin,
 kami pun terus gerak ke terengganu.. yeah yeah akhirnya mak mursyid nak jejak kaki ke bumi terengganu di usia 35 tahun.. hahaha 

alkisahnya mursyid sejenis budak yang hanya makan telur goreng dan ayam goreng. rumah kenduri mana nak ada menu wajib dia tu.. jadinya dia tak mau makan...

so masa singgah solat dekat masjid, saya buka tikaq sakti dan dapur sakti nak goreng teloq kat mursyid. nasib baik nasik saya masak siap2 dah masa kat hotel.. 
dok tau dah dia jenis payah makan..mak dia memang ready segala kemungkinan..

sengih tak kira dapat teloq goreng.. haha

lepas selesai mursyid makan dan solat kami sambung lagi perjalanan ke Terengganu.. 
kami singgah pantai Batu Rakit pekena Ikan Celup Tepung Pok Nong.. 

lepas tu kita menikmati keindahan pantai pulak laaaa.


tudiaaa pulun.. sampai nampak spenda biru.. hahaha




lepastu kami terus ke homestay yang abah mursyid dah book awal2.. 
tu pun nasib baik dapat homestay.. cuti2 sekolah ni semua penuh.. kebetulan abah ada kawan2 kat terengganu ni yang boleh tolong carikan homestay.. 
jadi kami terus ke sana.. sampai homestay terus mandi, dan rehat.. abah mursyid kelua p pasar malam pulak dengan mak n bapak mertua sy.. saya n mursyid tidooo.. letih kot..

Esok paginya, kami kelua breakfast dan pegi jalan-jalan kat pantai.. 


Lepastu kami balik siap-siap dan kami pergi shopping di Pasar payang

dia cukup berpuas hati dengan seketul bantal penyu itu.. 

orang lain sibuk shopping, dia sibuk ajak makan.. 

selesai shopping kat pasar payang, kami gerak ke Masjid Kristal pulak.. 


makan-makan sambil menikmati pemandangan indah..
Amad Mursyid ajak naik benda alah ni.. kami layan jela..



depa buleh singgah dok eksesaih tengah panaih litlit


Mursyid ajak opah naik pulak





hamboiii mak hang kemain posing.. kakaka




lepastu kami pegi nak naik cruise pulak.. tapi malangnya dah petang dia dah tutup.. 
esok pagi pulak la datang lagi..

jadi mak n bapak mertua ajak kami pegi rumah sepupu mak mertua saya yang dah lama tak jumpa.. so kami terus gerak ke sana.. saya dah tak ingat nama tempat tu..

alamak muka mursyid tak nampak la  pulak.. 

lepas makan-makan , sembang2 , salam2 kami pun gerak balik ke homestay kami.. 
sebelum tu singgah makan dulu. di pantai batu burok. dan si mursyid nampak pulak kereta kuda berhias cantek2.. 
ala2 cinderella gituh.. dia ajak g tengok pulak..








mak mertua chek macam cinderellaaa...


puas hati la dia..dapat naik kuda dan kereta kuda.. balik tidoq lena la no

lepas tu kami pon balik ke homestay..

pagi esok mak, bapak n abah mursyid je keluar breakfast.. 
lepas tu depa balik bawak balik makanan dan durian pulak dah..

raja buah kelihatan di atas meja...

hantua deriyan.. haha


muka puas dapat deriyan kunin.. lemak berkrim..

lepas makan durian, kami siap2 dan check out .. lepastu bersambung di entry seterusnyaa... 





Jalan-jalan kelantan terengganu 2

$
0
0
Assalamualaikum..

sambungan entry ni . 

Lepas makan-makan kami check out dan terus gerak ke Taman Tamadun Islam lagi. 
tapi sebelum tu hantar mak n bapak mertua saya ke pasar payang... mak nak shopping lagi.. haha

lepas tu kami ke taman tamadun islam.. 
beli tiket cruise naik cruise dulu sebab mursyid dah tak sabar-sabar.
harga tiket rm35 untuk dewasa dan rm25 untuk kanak-kanak... 
beli tiket ni dia sekali dengan taman monumen..



hat kecik tu paling eksaited


dalam bot ..gambar diambil oleh Mursyid

yang ni pon mursyid tangkap

pemandangan indah sepanjang perjalan... nampak masjid kristal dari kejauhan





dah habis pusing-pusing naik cruise..mursyid puas hati.. checked

lepas tu pegi ke Taman Monumen pulak.. sebelum masuk dia akan bagi passport.. 
just for fun la.. setiap kali sampai dekat setiap monumen tu kita ke ambik cop la..


okeh jom masuk

yang ni Monumen Masjidil Haram .. masjid yang semuaaa umat islam nak pergi kan.. 
kami pun sangat-sangat teringin nak pergi ke sana.. insyaallah satu hari nanti..


the great mosque of Qairawan, Tunisia

the Aleppo Citadel, Syria


dalam taman monumen ni ada sediakan tram jugak... kena beli tiket dulu harga murah je rm5.50 untuk 7 tahun ke atas.. 6 tahun ke bawah free.. so mursyid freee

Kalyan Minaret Bukhara, Uzbekistan

Kul Sharif Mosque, Kazan City Russia



Mohammad Ali Mosque, Cairo Egypt

Suleyman Mosque, Turkey



Agadez Grand Mosque, Niger

replika batu terapung



lepas habis melawat taman monumen, kami keluar pegi ambik mak n bapak mertua di pasar payang.. lepas tu pergi kat noor arfa batik pulak.. 

dah sampai Noorarfa batik..



kat sini dia ada tunjuk macaman cara batik di hasilkan.. dari proses buat cop, sampai jadi batik.. 

Lepastu kita masuk shoppingg...




segala gambaq gegaq, gambaq tak dak kepala.. credit kepada tukang ambik gambaq ni la... hahah


sebelum balik kita bergambaq kat sini pulak

lepas tu kami keluar dan bertolak balik taiping.. 
disebabkan jalan jem, pukul 10 malam baru sampai kelantan..
makannya singgah tidur kelantan dulu sebab driver tak larat dah..
esoknya baru gerak balik taiping..







jalan jalan ke Langkawi

$
0
0
Assalamualaikum...

baru-baru ni kami sekeluarga pegi bercuti ke langkawi.. last p langkawi tahun lepas ikut rombongan sekolah saya.. bawak mursyid je pegi masa tu..abah mursyid tak ikut.. 

sejak kebelakangan ni saya agak stress dengan keja dan hal2 lain ..
jadinya ajak abah pegi bercuti ke pulau.. nak tenangkan fikiran sikit..
 serabut semacam rasa... huhu...

kebetulan pulak cuti hari jumaat.. so kami bertolak pagi jumaat.. 
cadangnya nak bertolak selepas subuh.. 
memang bertolak lepas subuh tapi lepas bangun tido sesudah subuh..hahahah
abah mursyid dah pesan suruh saya beli tiket feri awal kat online.. tapi saya saaaaaaaangat la sibuk dengan keja2 di sekolah sampai tak ingat langsung nak beli tiket..

petang khamis baru teringat, bila cek tiket online, dah tak boleh beli online untuk yang pagi jumaat, petang jek boleh beli onlie.. maknanya nak kena beli tiket kat jeti la..

kami bertolak dalam pukul 8.30 camtu.. sampai kuala kedah pukul 10 lebih .. 
nasib baik sempat beli tiket pukul 1045 pagi
masa sampai dekat trafik light simpang nak ke jeti, ada orang naik moto hon.. 
saya pon pelik awat dok hon.. rupanya depa nak suruh parking tempat depa..
disebabkan kami nak cepat kami ikut jelah orang yang naik moto tu. so parking kat tempat dia. dia caj rm50 untuk 3 hari.

lepas tu terus bergegas masuk feri .. nasib baik sempat.. orang boleh tahan ramai jugak.. 
memang sentiasa ramai ke orang nak ke langkawi ni??

atas feri kami masing-masing layan kehendak mata yang nak pejam la... ngantuk weh
sedaq2 dah nak sampai pulau langkawi.. mursyid je tak nak tido.. 
pastu kacau orang tido sebab dia boring..

sampai jeti kat langkawi, kami terus keluar feri n tunggu orang yang sewa kereta hantar kereta..punyaaa lama tunggu.. daripada dok tunggu kat luar, last2 kami masuk kedalam..
lama jugak dok melepak dalam tu baru la dia kol kata dah smpai..

pastu kami terus pegi kat kereta, dan orang tu cakap aircond kereta ni tak sejuk,..gas habih.. 
hari ni bengkel kereta tutup.. dah la hari tu hujan..
takkan nak bawak kereta tak dak aircond di hari hujan.. saya mula rasa geram..
yela abah mursyid  dah booking awal kot siap ambik pakej bagaihhh..


tunggu tukar kereta lain pulak..

last2 dia tukar dengan kereta lain..
itu pon jenuh menunggu lagi nak dapat kereta lain yang aircond ok..
pastu kami terus gerak ke tempat penginapan yang abah mursyid dah tempah mali best resort.
sampai sana kena parking kat luar.. pastu angkut beg dalam hujan masuk dalam untuk check in.. huhu
kat mali best ni memang tak de parking..
kena pandai2 cari parking kot tepi jalan.

masa check in tu kena tunggu lagi sebabnya.. kengkonon abah nak surprise kan mama mursyid.. orang tu beria ambik pakej honeymoon bagaihh..
sekali kami sampai, bilik belum siap deco ... hambek... nak pakej honeymoon sangat..
menunggu lagi kami kat situ dekat setengah jam jugak...huhu

akhirnya.. setelah sekian lama menunggu baru la boleh masuk bilik..
daripada nak surprise dah jadi tak surperise dah... hahaha..

masuk je bilik bau bunga semerbak..

awat anak teghona chek posing lagu tuhhh...hahha


ginilah rupanya biliknya... mak pon buat2 tokojut gak la.. ..
tak nak la usaha abah menjadi sia2..kekekek

masuk je bilik tak dan nak kata apa, si anak terus melompat atas katil.. 
habis bersepah bunga dan wording tuh.. 
terpaksa la maknya susun balik sebab nak bergambar... hahaha..gigih sangat..

lepas dah begamba, kena la clear balik semua benda alah atas katil tu sebab memasing dah letih dan nak merehatkan badan. satu hal plak lagi nak kena clearkan katil tuh.. 
lepas tu semua terbongkang tido ...
lepas solat maghrib baru kami keluar cari makan.. hujan lebat pulak tu masa keluar.. 
terpaksa la beli baju hujan pelestit sorang satu.

lepas makan terus balik bilik dan tidooo sebab aktiviti esok ialah island hoping,...

esok nya lepas breakfast, kami tunggu van untuk bawak g island hopping datang ambik. 
pagi yang indah tadi jadi kurang indah bila hujan turun lagik.. 
 terpaksa la makcik anak beranak berbungkuih plastik sementara tunggu van.



so lepas van angkut kami, dia terus bawak ke jeti untuk island hoping.. excited mak weh.. 
maklum la dok mai langkawi banyak kali dah..tapi tak pernah lagi p island hoping.. kesian kann...

so sampai jeti terus naik bot.. mursyid mula2 macam takut.. 
tapi tidak lama kemudian dia yang over berani ..siap nak dok tepi nak pegang air laut..


ada orang takutt naik bot. tapi lepas tu dia yang terlebih..



hentian pertama dia bawak pegi Pulau dayang bunting.. sesuai la untuk yang nak bunting tapi tak terbunting nih.. kakakaka.. 
sebelum turun bot, sila ingat nombor bot dan kenalpasti rakan-rakan seangkatan dalam bot tuh.. supaya nanti senang bila nak balik nanti..tak la hampa salah bot dan akhirnya terdampar di kepualauan Phi Phi.. hahhaha.. yang bawak bot tu akan pesan siap-siap pukul berapa kena berkumpul di jeti semula.. jadi silalah tepati masa.. 
jangan la dok syok berendam sehingga lupa jalan pulang..

dari jeti lepas turun bot tadi nak ke tasik dayang bunting kena menapak agak jauh ye.. 
naik turun tangga .. dengan beberapa halangan yang mendebarkan iaitu monyet2 yang kelaparan.. kalau bawak makanan sila sorok dalam beg.. kalau dia nampak anda bawak makanan ,
 tanpa segan silu dia rampas.. mmg monyet tak dak adab betul..hahaha


sedang gigih menapak menuju ke Tasik Dayang Bunting



setelah melalui perjalanan yang penuh dugaan, kikiki... kami pun sampai ke Tasik Dayang bunting..
kena sewa jaket keselamatan kalau nak berendam dalam tasik ni ye.. 
tapi ada disediakn kolam khas untuk budak-budak... 
kalau setakat nak berendam dalam kolam budak tu, tak payah sewa jaket keselamatan la.. 
makanya mak mursyid pon join sekali dengan budak2..haha



kelihatan seorang mak budak sedang berendam di situ. dengan harapan balik nanti buleh bunting kot...akakkaka


sebenarnya ramai je mak budak join sekali main dalam kolam budak nih.. 

habih berendam kita menikmati keindahan pulak.. mursyid ajak naik itik tuh.. mak dia takut.. 
takut terdampar di hujung tasik tanpa bekalan makanan..hahaha


sebelum tiba masa yang ditetapkan tadi, kami menapak semula untuk ke jeti tunggu bot.. 
tak payah salin-salin baju.. pakai je baju basah tu.. 
sebab satg g pulau lain pulak nak mandi manda lagi..


okeh sambil tunggu bot kita posing ala2 titanic mak dan anak..

nanti ada orang akan announce nombor bot .. so kena alert bila dia announce nombor kita.. 
bila dia panggil nombor bot, silalah bergerak ke jeti untuk naik bot..sebab tu penting untuk ingat nombor bot.. ataupun cam org yang naik bot sama ngn kita.. jgn yang naik bot sama tu pon lupa nombor gak.. ahha.. nunggu le kome kat situ..

so lepas naik bot destinasi seterusnya ialahh p tengok burung helang.. 
saya tak ingat nama pulau tu apa.. 

lepas tu pegi pulau beras basah pulak.. 
dah sampai pulau beras basah.. mursyid seronok sebab buleh main pasiaq..









maka terbinalah istana cinta hamba buat tuan hamba... istana pasiaq saja yang hamba mampu.. haha

sebelum balik, kita ambik gambaq kat sini dulu.. nak habaq kata dah smpai pulau beras basah uollsss..

lepas tu naik bot dan kembali ke jeti semula.. kat jeti nanti akan ada orang jual gambaq yang di ambil tanpa pengetahun kita.. mula2 macam tak mau beli.. 
sebab gambaq tak ready.. 
pastu macam tak berapa comey..(macamla kalau ready elok2 tu hg comey).. 
tapi mursyid gigih suruh beli jugak..makanya beli la jugak hat ada muka mama mursyid n mursyid.. 
abah tetap tak mau ngaku gambaq dia... sebab mcm terok beno kot.. kekekek...

lepas tu naik van dan kembali ke hotel.. balik hotel mursyid ajak p mandi kolam pulak.. 
makanya layan jela.. alang-alang dah kebasahan tadi kan..


lepas tu kami rehat je kat bilik..lepas rehat kelua makan n shopping sikit..lepas tu balik tidoo

esok paginya , mursyid ajak mandi kolam lagi sebelum balik.. hahaha.. 



lepas mandi kolam, siap2 dan check out, kami pergi ke museum 3D. 



di sinilah letaknya muzium 3D.. cable car tak sempat naik.. sebab orang ramai sangat..  
kami memang terus ke muzium 3D je.. sebab memang plan nak g situ je.. 








so layan jela gambar2 dalam muzium 3D tu.. memang best muzium ni.. 
Mursyid memang suka yaamat.. puas hati masuk sini..














































lepastu kami terus gerak ke jeti untuk balik.. 

sampai kuala kedah .. tunggu abah g ambik kereta lama la jugak.. rupanya orang yang jaga parking tu mintak tambah lagi rm20.. mula-mula abah tak puas hati jugak.. sebab masa dtg hari tu dah bayar rm50 ni mintak tambah lagi.. tapi dia malas nak gaduh2 dia bayar je.. 

lepas tu kami terus gerak balik kee taiping.. esok keja weh.. 






Persiapan umrah ramadhan 2017

$
0
0
Assalamualaikumm..

Alhamdulillah saya sekeluarga dah pun selamat balik dari umrah... dah balik baru nak cerita persediaan sebelum g umrah harituh ...hahaa.. major throwback ni..

ok lepas kami decide untuk pergi umrah di bulan ramadhan, kami start cari travel agent yang sesuai la.. cari punya cari akhirnya kami pilih andalusia travel.. so kami daftar awal-awal lagi iaitu bulan november 2016 kami dah daftar siap2 untuk pergi umrah bulan ramadhan 2017.

lepas dah daftar tu ada masa 6 bulan kot untuk buat persediaan.. so saya buat tak tau jela.. hahaha ...rasa macam lambat lagikan... persiapan rohani tu tak yah citer la kat sini.. 
macam terlajak beno eh nak cerita semua..

bila tinggal lagi 2 bulan nak berlepas baru la mula google persiapan yang perlu dibuat sebelum ke sana.. memandangkan saya pergi umrah dengan suami dan mengheret sekali anak teruna saya amad mursyid, so nak kena tau jugak persiapan kalau bawak anak nih...

semak imigresen 

ok perkara paaaaaaaaaaaaaling penting... haa panjang paling tu sebab sangat penting.... buleh jadi penyebab hampa tersangkut kat airport kalau tak buat benda nih.. terutama sekali bagi mereka-mereka yang meminjam ptptn pastu buat-buat lupa nak bayaq.. hahaha...
jadi cek dulu nama anda blacklist imigresen atau tidak.. 

saya nak kongsi ni pengalaman saya sendiri ye.. saya adalah peminjam yang tak lupa nak bayar ye.. saya memang potong gaji tetiap bulan untuk ptptn.. tapiiiii jangan yakin sangat kak walaupun dah potong gaji..saya ada dpt emel pasal tunggakan ptptn saya,
saya abaikan sebab dok ingat dah potong gaji...
tapi nasib baik saya cek dulu nama, sekali tengok kena blacklist imegresen..
haa melopong akak dik membayangkan mursyid dan abah dia melambai2 pada akak yang ditinggalkan di KLIA,, huhu.. 
jadi saya terus ke pejabat ptptn untuk settlekan apa yang tetunggak tuh dan clearkan nama dalam senarai blacklist.. lepas 2 minggu cenggituh saya cek balik tengok nama saya dah clear.. alhamdulillah,, legaaaaa

Dokumen

lepas dah clear baru buleh pikir nak buat persiapan lain..
mula-mula settelakan dokumen dulu la.. renew passport mursyid sebab dah expired..
passport saya n abah mursyid baru je renew masa nak pegi vietnam so buleh guna lagi..


lepastu kena sahkan salinan ic 3 beranak kat pejabat pendaftaran,
sahkan surat nikah kat pejabat agama..
dan juga kena ambik gambar berukuran passport dengan background putih dan bertudung hitam untuk perempuan.. yang lelaki tak leh tutup kepala..
semua ni untuk tujuan permohonan visa ye..
dan pegi ambik suntikan jugak.. cakap je nak suntik untuk umrah.. harganya rm150...


inilah rupa paras kad cocok tu ye..gamba tu pihak travel agent yang letak situ

 lepastu semua dokumen ni termasuk passport kena hantar kepada travel agent.

so masa kami g kursus umrah tu, kami bawak la semua dokumen yang diperlukan tu..
kursus umrah ni pun penting jugak tau..
kalau boleh pegi banyak kali sikit bagi paham betul-betul.. tapi kami sempat pegi dua kali je.. selebihnya banyak bertanya dengan kawan-kawan yang dah penah pegi umrah

ok settle semua pasal dokumen yang diperlukan..

keperluan pakaian

sekarang misi mencari keperluan umrah pulak.. kebetulan kami ada pegi mood republik penang dan ada booth fitrah alhajj yang memang jual kelengkapan umrah..
so kami beli siap2 kain ihram untuk abah dan mursyid.. abah beli 2 pasang..
untuk mursyid sepasang je cukup..

so siap kain baju pulak.. saya tak bawak baju banyak sangat..
berdasarkan pengalaman kawan-kawan yang pernah pegi umrah,
banyak yang pesan tak payah bawak baju banyak sebab kat sana banyak dijual jubah-jubah yang murah dan cantik-cantik..jadi nanti beli je kat sana..ye yeeh
so saya hanya bawak baju sekadar untuk persalinan 4 hari sajork untuk saya, abah mursyid dan mursyid
untuk kaum wanita elok bawak stokin lebih la.. memang banyak guna stokin di sana nanti..
stokin untuk tawaf saya beli sepasang saje..
lepastu telekung saya bawak 2 helai je tak payah bawak kain tau ..
dan 2 helai khimar saya bwk.. labuh kan ,,
so boleh bawak solat dan ziarah sekali..
selipar sorang sepasang..memang sepanjang kat sana guna selipar je..
 senang nak simpan dalam beg waktu nak masuk masjid.

lagi satu botol spray untuk ambik wudhuk ye.. saya beli sorang satu untuk abah dan saya..
memang sangat-sangat berguna kat sana nanti.. bukan sahaja untuk ambik wudhu tapi memang dok saja-saja pun spray muka,..haha.. sebab panasssss sangat kat sana waktu bulan puasa.

biasanya travel agency akan bagi checklist yang perlu dibawa. so kita boleh rujuk situ je la..
kalau ada barang lain yang kita nk bawak terpulang la..


ubat ubatan 

ubat- ubatan pun penting ye.. jangan lupa untuk ready siap2 ubat ubatan .
saya memang ready ubat-ubatan untuk mursyid dan juga utk saya dan abah mursyid.. ubat demam  selesema, batuk, semua tu wajib ada ye.
saya ni manusia spesis berangin, jadi saya ready ubat untuk berangin saya tu..
untuk ubat-ubatan ni pastikan dibalut dengan plastik wrap dulu ye.. lepas tu saya masukkan pulak dalam plastik yang jenis boleh tutup.. lepas tu masuk pulak dalam beg kecik..



toileteries

toileteris memang saya bawak lengkap satu set.. untuk kami 3 beranak.. kami ada juga beli lotion dan gel mandian yang khas untuk umrah.. tak de bau.. tapi guna sekali je kot..

pelembab bibir dan lotion pelembab wajib bawak.. sebab kat sana kering dan panas..
masa saya pegi tu memang tengah kemuncak panasnya.. memang asyik sapu lip balm je..
sebab bibir kering sangat2.. tambah2 bulan puasa masa tu..

alat mekap, bedak lipstik segala bagai spesis yang dok tonyoh kat muka semuanya ditinggalkan di tanah air ye.. dok sana memang tak pakai apa.. handbag pun tak bawak.. lupakanlah sebentar hal2 duniawi semua tu ye.. hahahahhahahaha..

Makanan

saya ni jenis suka makan pedas.. tak pedas tak puas..
 jadi saya bawak bekal serunding dan sambal kering..
paling penting stok makanan untuk mursyid.. saya bawak biskut, coco crunch dan maggi..
kalau mursyid lapar di mana-mana sahaja kita sumbat sahaja.. hahaha..
 dan sepanjang di sana, mursyid memang tak puasa haha. .. sana cuaca panas.. dan saya tau dia memang tak tahan kalau puasa..
so saya memang bawak bekal makanan dan air teh kegemaran mursyid setiap kali masuk masjid..
mcmna mursyid makan dalam masjid di bulan puasa ??? nanti saya cerita..haha

mainan dan buku aktiviti

memandangkan saya bawak anak saya ahmad mursyid pegi umrah sekali..
jadinya kena jugak siapkan apa yang patut untuk mengelakkan dia boring kat sana nanti...
selalu bawak dia pegi bercuti tempat2 yang memang ada aktivti untuk dia,
tapi kali ni pegi ke mekah untuk amal ibadat je.. sepanjang masa di masjid je kan...
so budak-budak kecik macam mursyid tu mesti la cepat bosan kalau asyik dok dalam masjid je kan..

so saya memang bawak mainan yang dia suka,
buku-buku aktiviti mewarna, cari perkataan, dan teka silangkata. 
memang berguna sangat2 buku2 aktiviti ni...
 sebab setiap kali lepas solat.. kami akan stay kat masjid untuk tunggu solat seterusnya..
jadi masa tu saya akan keluarkan buku aktiviti dia sambil tunggu masuk waktu.. jadi sibuklah dia dengan buku aktiviti dia tu..

itu je kot persiapan untuk pergi umrah.. selebihnya banyakkan mendekatkan diri dengan allah.. banyak2kan solat taubat.. moga allah ampun semua dosa-dosa kita..
kita nak pegi ke sana dalam keadaan bersih..
dan doa selalu semoga beroleh umrah yang maqbullah..
dan saya doakan jugak kepada yang singgah sini semoga anda juga dapat kesana satu hari nanti.. insyaallah














Umrah Ramadhan 2017 part 1

$
0
0
Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah.. kami sekeluarga dah pun selamat menunaikan umrah di awal ramadhan tahun ni.. syukur sangat-sangat sebab allah makbulkan doa kami untuk sampai ke sana.  
Walaupun saya sangat-sangat terkilan sebab tak dapat bawa bersama ibu saya yang dikasih yang telah kembali ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan umrah bersama-sama kami... 
saya dah lama berniat nak bawak mak bersama2 saya pegi umrah.. 
dan alhamdulillah bulan oktober tahun lepas , lepas kami decide nak pegi umrah, 
saya terus bagitau dia yang saya akan bawak dia bersama kami pegi umrah.. 
dia sangat happy bila saya bagitau nak bawak dia pegi umrah.. 
tapi dia ada cakap.. sempat ke mak ni nak pegi .. saya cakap sempat mak ..insyaallah ..
tapi kita hanya mampu merancang... 
allah sebaik-baik perancang.. 
sekurang-kurangnya saya sempat bagitau dia dan buat dia happy.. 

okehh tak leh taip banyak-banyak pasal mak.. satg banjirr..  

sooo 28 mei 2017 bersamaan 1 Ramadhan 1438 kami sekeluarga pun berangkat untuk menunaikan umrah.. sehari sebelum tu kami dah bertolak ke kl dan singgah di rumah adik ipar saya.. esoknya dalam pukul 9 pagi kami bertolak ke KLIA. flight kami pukul 2 petang.. 

sampai je kat KLIA terus ke kaunter untuk susun beg untuk check in.. 
dan travel agent bagi tag nama sorang satu.. 

dah selesai check in .. masing-masing dah pakai name tag..

lepas tu kami berkumpul  setempat untuk dengar taklimat dan ambik passport.. 

sementara tunggu untuk dengar taklimat..

lepas selesai taklimat dan ambik passport.. sesi bergambar bersama keluarga la.. 




adik saya sekeluarga lambat smpai.. dah dekat2 nak masuk baru diorang sampai.. 

jadi bergambar sekali lagi dengan adik saya sekeluarga pulak.. hahaa..

lepas dah bersalam-salaman dengan kaum kerabat.. kami pon masuk dan melambai-lambai..haha

bantal cat dah merata tempat dia p.. sampai ke mekah pon angkut..haha

dalam flight .. sebelum bertolak ni.. tu yang segar bugar lagi...

sepanjang 8 jam perjalanan tu, mursyid layan cerita kartun je... so dia tak boring dan tak la mengganggu gugat ketenteraman awam.. dalam pukul 7.30 waktu malaysia, diorang akan hidangkan makanan.. untuk yang puasa dia tapau siap2.. yang tak puasa dalam flight tu mursyid je kot.. kakaka.. so dia makan tanpa rasa bersalah.. 

jadinya kami ni puasa lebih masa la hari tu.. pukul 12 malam kot sampai madinah, baru masuk waktu berbuka sana iaitu pukul 7 malam waktu madinah.

saya dah tak tahan nak muntah.. sebab terlalu lama puasa kot.. tak tahan.. 
tapi nasib baik tak termuntah..selamat puasa chek..

kelua je pintu kapai.. berjalan pun terhuyung hayang macam orang mabuk...haha.. 
tak stabil rasa.. terus cari port nak duduk n berbuka puasa.. 

duduk je terus minum air.. lepas tu bukak la bekal yang daapat atas flight tu, masuk je sesuap terus rasa nak keluar balik..so x jadi makan.. minum air je..




sebenarnya tak stabil lagi nihh... 


lepas tak jadi makan, kami terus gerak masuk ke dalam airport madinah..
sekali sampai kat imigresen dah beratur panjang.. 
nasib baik kami tak makan tadi.. 
kalau tidak lagi panjangggggg la barisannya.
di tambah pulak dengan perangai pak arab pegawai imigresen tu macam sesaje je buat2 lambat.. 
tapi masing-masing datang ke sini dengan hati yang bersih lagi suci, so semua sabaaaarrrr je.. hahaha.
menunggu jelah dengan penuh tawadhuk..kekeke

setelah bersabar selama hampir 1 jam lebih, baru melepasi imigresen.. 
lepas tu terus ke tempat beg untuk ambik beg. 

hat baju ijau tu dari Malaysia sampai ke Madinah nak minum air teh jaaaaa..

lepas ambik beg terus keluar n cari bas nombor 1. nombor bas ni memang dah dimaklumkan awal oleh agent.. nama mutawwif pun agent dah bgtau siap2..
lepas simpan beg, terus naik atas bas dan tunggu jemaah lain yang naik bas yang sama..
dekat pukul 2 pagi waktu malaysia, baru la kami gerak ke hotel..rasa nak tido je...
letihnyaaa allah saja yang tau.. 

dah selamat naik bas

kami antara yang terawal naik bas..

tapi sebab excited kann kali pertama jejak kaki ke bumi madinah , kami tak tido pun dalam bas.. 
seronok dok tengok suasana madinah di malam hari.. sambil tu Mutawwif dok bagi tazkirah dan ucapan aluan selamat datang la kira..

kami sampai di hotel betul2 waktu orang tengah keluar dari masjid nabawi lepas solat tarawikh.. jadi bas tak dapat masuk dekat hotel, sebab hotel tu dekat dengan masjid nabawi.. so driver bawak kami ronda-ronda dulu.. lepas tu baru pegi hotel balik.. kami stay dekat hotel mawaddah al waha. 
dekat je dengan masjid nabawi..

sampai hotel, mutawwif bagi nombor bilik .. lepas tu angkut beg naik ke bilik.. tapii kat sini pun menguji kesabaran jugak... lif ade 3 je.. yang nak guna lif raaamaii.. masing-masing pulak dengan beg gabak2 tiga empat biji beg.. jadi ambik masa lamaaa sangat nak tunggu giliran naik lif.. 
sabaaar lagiiii.. sabariahhh sungguh..
memang kena banyak bersabar mai sini.. 

lepas settle semua, tak sempat rehat..
sebab lepas tu dah kena turun bersahur pulak.. 
lepas sahur tunggu solat subuh, lepas tu tidur sekejap.. kena jugak rehat..
 semalaman tak tidor.. 

hari kedua next enttry 









Umrah Ramadhan 2017-Part 2

$
0
0
Assalamualaikumm...

Hari kedua di Madinah.. lepas bangun tido terus siap2 sebab semalam mutawwif dah pesan untuk tunggu di bawah pukul 6.30 pagi .. 
sebelum pukul 6.30 kami dah turun n tunggu di lobi hotel..


Hari ni grup perempuan akan ikut ustazah untuk ziarah ke masjid nabawi.. dan masuk ke raudhah.. 
grup lelaki akan ikut mutawwif untuk ziarah.... jadi terpisah la kami.. 
mursyid dengan abah dia.. saya dengan grup perempuan.. 

yang grup perempuan ni kena pegi berkumpul di lobi hotel apa ntah .. tak ingat dh nama hotel tu.. 
kat situ ustazah akan bagi penerangan sikit.. berkongsi pengalaman dan bagi tazkirah sekali,..
lepas selesai semua tu, kami terus bergerak ke masjid nabawi... 

ustazah bawak terus ke gate 25 iaitu gate untuk masuk ke Raudhah.. kami berkumpul di situ sekejap.. ustazah pesan untuk ambik wudhuk siap-siap kalau belum atau dah batal.. 
lepas tu ustazah bawak kami masuk ke dalam masjid.. dalam masjid tu ustazah pesan untuk buat solat sunat dan baca quran sebelum masuk ke raudah..sebab raudhah akan dibuka pukul 7 pagi sehingga pukul 11 pagi untuk kaum wanita.. 

lepas tu baru ustazah bawa kami masuk ke raudhah.. nak masuk raudhah tu kena tunggu lagi.. 
ikut kumpulan berbahasa melayu.. ikut je signboard yang dia pegang tu.. mana tulis bahasa melayu, join je grup tu.. 

lepas tunggu agak lama, baru la giliran kumpulan berbahasa melayu masuk ke raudhah.. nak tau kat mana raudhah, tengok carpet warna hijau lembut.. itu adalah raudah.. 
Raudah ni nabi sebut sebagai taman syurga.... masyaallah tak terkata bila dapat masuk ke taman syurga.. Raudhah ni terletak diantara mimbar dan makam rasulallah .. 
inilah antara tempat mustajab berdoa.. 

dalam raudhah ni tak leh lama-lama.. nanti pegawai yang jaga akan suruh kita keluar.. 
untuk berlama-lama dalam raudhah teruskan bersujud walaupun dah habis solat sunat..
 berdoa la  waktu bersujud tu.. 


berkumpul di luar masjid nabawi bersama grup perempuan lepas keluar dari raudhah
 ustazah bercerita tentang perkuburan baqi'.. kaum wanita tak boleh masuk kesitu.. 
jadi kami tengok dari kejauhan je lah

lepas selesai ziarah dengan ustazah, saya balik ke bilik hotel untuk berehat sebelum masuk waktu zohor.

yang bawah ni pulak gambar-gambar ziarah grup lelaki.. 
abah dan mursyid dapat la masuk perkuburan baqi' tu..




mursyid ziarah di kawasan perkuburan baqi'

Mursyid berdoa di dalam Raudhah. nampak tak carpet hijau tu.. itu la kawasan raudhah


lepas rehat sekejap di hotel, kami turun ke masjid untuk solat zohor dan asar... 
Lepas asar, petugas2 masjid nabawi akan mula buat persiapan untuk berbuka..
pekerja-pekerja di masjid nabawi ni memang cekap buat kerja..

kat sini bulan puasa memang rezeki melimpah.. ramai orang sedekah untuk berbuka... 
semua orang dapat makan free.. berebut-rebut diorang nak bersedekah makanan.

suasana berbuka di kawasan lelaki

suasana berbuka puasa di kawasan perempuan..

hari pertama berbuka di masjid nabawi, saya tak dapat masuk ke dalam... dah penuh.. 
jadi buka kat luar  masjid je..
 lepas berbuka, solat maghrib.. lepas solat maghrib kami balik makan kat hotel sementara tunggu isyak. perot orang malaysia wehh.. mana mau makan roti dengan yogurt ja wehhh. kena pekena nasi jugak baru lega...lepas tu kami akan ke masjid balik untuk solat isyak dan tarawikh.

suasana lepas solat tarawikh di masjid nabawi







Umrah Ramadhan 2017- part 3

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ke 3 di Madinah.. lepas sahur, terus siap-siap untuk ke masjid solat subuh.. lepas solat subuh balik bilik kejap .. lepas tu kena berkumpul kat lobi.. hari ni kami akan pegi ziarah..

tempat pertama kami ziarah ialah Masjid Quba. Masjid quba adalah masjid pertama yang dibangunkan oleh rasullah.. dan Rasulallah pernah bersabda..  solat di masjid quba adalah sama dengan satu kali umrah... masyaallahh..




lepas tu kami ke ladang kurma pulak.. kat sini kami bergambar je.. tak beli kurma pun..





lepas tu kami ziarah ke bukit pemanah atau bukit ar-rummah.. tempat rasulallah tempatkan unit pemanah waktu perang uhud.. kami hanya mampu memandang dari bawah bukit je.. 
tak mampu nak naik.. dengan cuaca panas.. tambah pulak bulan puasa ni.. 
nak heret si mursyid lagi ...memang tak larat la nak memanjat.. 
tapi ada je jemaah yang naik ke bukit pemanah tu..



perkuburan para shuhada perang uhud

masa ni pukul 9 pagi.. tapi cuacanya yaamat2 panas lebih panas daripada  tengahari rembang di malaysia..dah la puasa.. memang menguji ketahanan betul..tapi i is tabah..ahhaha ..
bukan senang nak dapat ganjaran yang allah janjikan..  
bila mutawwif bercerita pasal zaman nabi dulu... 
apa la sangat dibandingkan dengan kita ni kan.. 


disebabkan panas yang amat, mursyid dah ajak naik bas.. saya pun dah rasa tak larat semacam,, padahal baru pagi kot.. jadi kami pun naik bas awal.. sekali naik bas pun panassss , 
rupanya aircond dalam bas kami rosakkk.. buleh pulak rosak time2 macam ni.. 
padahal masa naik awal tadi elok je sejuk.. dugaan sungguh la... jadi sabarrrrr ... 

tunggu punya tunggu dalam bas yang panas bagai sauna itu.. ada lagi jemaah tak naik bas.. 
mutawwif dah 2 kali pergi cari dalam panas-panas tu tapi tak jumpa.. saya tengok ustaz mutawwif tu pun dah hampir hilang sabar.. tapi dia kuat iman.. masih boleh gelak-gelak lagi.. 
last2 tunggu punya tunggu dalam kepanasan.. sekali mutawwif bas lagi satu bagitau kata ada dua orang yang bas kami salah naik bas diorang.. dan bas diorang dah pun bertolak ke pasar kurma.. aduhaiiiii geram je rase.. kami ni punya la tunggu.. kalau tunggu dalam aircond tak pe gak..
tapi sabar tu kan separuh daripada iman...hahha

lepas tu kami pun bertolak ke pasar kurma .. untuk beli kurma.. sampai je pasar kurma terus turun.. masuk je dalam kedai kurma tu ada aircond.. fuhhh legaaa.. semua jemaah bas sauna kumpul kat situ sebab nak aircond.. hahaha.. last2 semua orang beli kurma kat kedai tu je... 
tak daya dah nak berjalan cari kedai lain..
makanya kami angkut la segala makneka jenis kurma yang ada di kedai tu untuk kaum  kerarabat di tanah air..

lepas tu kami balik ke hotel dan berehat sementara tunggu waktu zohor.. disebabkan letih sangat berjuang dalam bas sauna tadi.. kami zohor kat bilik je.. 
lepas tu rehat lagi sampai asar baru g masjid..

lepas asar kami keluar g jenjalan ke kedai yang dekat-dekat dengan masjid nabawi.. 
lepas tu masuk masjid balik untuk berbuka dan solat maghrib.


mereka berdua sempat berselfie sebelum berbuka puasa.. 

hari kedua ni kami dapat masuk ke dalam masjid sebab datang awal..

inilah suasan berbuka puasa dalam masjid nabawi..seronokkk sangat.. rindu suasana ni..

macam biasa ... lepas berbuka dan solat maghrib kami balik ke hotel untuk makan.. 
lepas tu siap-siap ke masjid balik untuk solat isyak dan tarawikh..


abah tengah solat tarawikh... mursyid dah ketiduran .. kesiann dia... terpaksa heret jugak la .. 
tak pe la mursyid .. pengalaman berharga ni tau.. akan sentiasa di kenang sampai bila-bila..


lepas solat tarawikh.. malam kedua bersolat tarawikh di masjid nabawi.. Mursyid tangah mamai tuu.. baru bangun tido..haha ....alhamdulillah atas nikmat kurniaan allah ini..

saya pakai telekung arwah mak saya.. walaupun hasrat nak bawak mak bersama tak kesampaian, 
saya bawak telekung dan jubah mak ke sini.. 
moga-moga segala amal ibadat saya di sini sampai jugak dekat mak di sana..
rindu mak sangat2..









Umrah ramadhan part 4

$
0
0
Assalamualaikumm..

Hari ni hari ke 4 kami di Madinah.. macam biasa lepas sahur terus ke masjid untuk solat subuh.. 
dan alhamdulillah sepanjang di sini mursyid mudah bangun pagi untuk pegi solat subuh.. 
kalau kat rumah liat je nak bangun pagi g sekolah.. 

hari ni kami tak de aktiviti ziarah.. jadi sepenuh masa pegi masjid je la..



makam Rasulallah terletak di bawah kubah hijau tu ..



suasana lepas subuh.. 



mursyid dah tak larat jalan.. 

saya ambik kesempatan lepas subuh terus ke kawasan berdekatan raudhah.. nak masuk Raudahh lagi sekali hari ni.. saya pegi sorang-sorang je.. Mursyid dengan abah dia...
dan alhamdulillah allah permudahkan dan saya dapat masuk ke Raudhah lebih lama kali ni...
syukur alhamdulillah

lepas keluar dari raudhah, saya terus balik ke bilik rehat.. sementara tunggu waktu zohor..
dekat nak masuk zohor kami pegi masjid lagi untuk solat zohor..



Lepas solat zohor


sementara menunggu waktu asar

beginilah suasana dalam masjid nabawi ..sementara menunggu waktu solat



mursyid seronok lari kesana sini.. banyak tenaga dia..al maklumlah tak puasa.. hahaha..


sama je rutin kami setiap hari di sini.. pegi balik masjid je.. kadang2 singgah shopping.. hehe



lepas tarawikh hari ke 4.. 






Umrah ramadhan part 5

$
0
0
Assalamualaikum..

hari ni hari ke 5 kami di madinah.. semalam ustaz mutawwif maklumkan yang kami akan bertolak ke Mekah pukul 2 petang ni.. jadi lepas sahur terus ke masjid solat subuh..
kemudian sekali lagi saya tunggu di kawasan raudhah untuk masuk ke raudhah lagi sekali sebelum bertolak ke mekah.

lepas keluar dari raudhah saya terus balik ke bilik untuk siapkan beg..
balik hotel tengok kat lobi dah bersusun beg group kami .. wahh awal betul diorang ni..
lepas selesai bawak turun beg.. lagi sekali kami pergi masjid nabawi untuk ziarah selamat tinggal .
insyaallah kami akan datang lagi.. sebak rase nak tinggalkan masjid nabi..

lepas tu abah n mursyid dah siap pakai ihram ..
sebab nanti akan singgah di masjid bir ali untuk miqat umrah pertama kami.
lepas settle angkat beg masuk dalam bas, dan semua jemaah dah cukup, kami pun bertolak ke Mekah

dalam bas menuju ke Kota Mekah. 

sampai di Masjid Bir Ali, parking bas agak jauh .. 
so kena berjalan agak jauh untuk ke masjid..mulanya saya tak nak turun sebab mursyid tido.. 
kesian pulak kat dia.. dah la kat luar tu cuaca sangat panas.. jadi ingat nak niat atas bas je..
Ustaz cakap boleh niat atas bas kalau tak larat nak turun. 
tapi bila semua orang dah turun, saya rasa macam rugi pulak tak turun.. 
bukan senang nak datang sini kan.. jadinya saya kejut mursyid dan heret jugak la dia berjalan tengah panas dan agak jauh.




selesai niat umrah di miqat bir ali...

Alhamdulillah mursyid ok je.. 
tak de buat perangai pun walaupun terpaksa berjalan agak jauh di tengah panas.. 

lepas selesai niat semua, kena la menapak lagi nak naik bas.. fuhh cuaca teramatlah panas.. 
naik je bas..lega kena aircond.. terus tertido  dalam bas..

sampai di hentian Wadi Qudaid semua jemaah berhenti di sini untuk berbuka.. memang ramai.. penuhh.. jenuh nak kejutkan si mursyid bangun.. memang kami turun last sekali.. 
nasib baik ada tempat lagi untuk kami duduk..  sebab bas lain tak sampai lagi..


mursyid tido sepanjang kami berbuka puasa... penat sangat la tu

ni la menu berbuka kami.. nasi arab paling sedap pernah saya rasa.. memang sedap.. sangat sedap.. 

disebabkan mursyid tido kami tapau la sikit nasi arab ni untuk dia..
buat bekalan bila dia dah bangun tido nanti.

lepas selesai berbuka, kami solat jamak maghrib dan isyak di situ.. 

lepas tu kami naik bas dan menyambung perjalanan ke mekah..

Lebih kurang dalam pukul 12 malam kami sampai di Tanah suci kota Mekah.

Masyaallah terujanya saya bila nampak signboard masjidil haram.. rasa tak sabar nak pegi masjid.. 



masa kami sampai, orang ramai baru selesai solat tarawikh.. penuh orang di jalan.. 
bas terpaksa tunggu untuk dapat kebenaran masuk ke kawasan hotel..

bila dah masuk ke kawasan hotel.. macam biasa la.. kena angkut beg.. ambik kunci bilik.. 
kemudian tunggu la giliran nak naik lif.. memang ambik masa lama untuk urusan ni.. 
di Mekah kami stay di Hotel Haneen Firdaus.. 
tak jauh la dengan masjidil Haram..

dah selesai angkat beg semua masuk dalam bilik dah dekat pukul 3 pagi ,
mula-mula cadang nak rehat dulu, esok pagi baru pergi buat umrah.. 
tapi abah mursyid ajak selesaikan umrah malam tu jugak.. 
sebab di risau takut terlanggar larangan dalam ihram.. 

jadinya lepas makan sahur, kami terus ke Masjidil Haram untuk selesaikan Umrah pertama kami.. 
terpaksa la heret si mursyid yang keletihan.. tapi syukur alhamdulillah.. 
dia tak merungut langsung...dia ikut je.. 
padahal dia sejenis yang suka mengomen. tambah-tambah kalau dia letih.. 
memang akan buat perangai.. tapi di sini allah permudahkan semuanya..

Masuk je Masjidil Haram, nampak je Kaabah.. allahuakbar.. tak terkata ... 
perasaan seronok sebak semua ada.. 
Masyaallah tak sangka allah bagi kesempatan dan peluang untuk kami sekeluarga ke sini.. 

kami terus buat tawaf tapi sempat buat 2 pusingan, lepas tu kena stop untuk solat subuh.. 
lepas solat subuh sambung balik tawaf.. 

selesai tawaf kami pergi saei pulak.. kat sini mursyid dah mula tak larat.. 
saya akan berhenti rehat setiap kali dia cakap tak larat.. saya memang tak paksa dia.. 
setiap kali berhenti saya akan bercerita tentang sejarah nabi ismail, siti hajar ,bukit sofa dan marwah. dia seronok je dengar saya bercerita
bila dah hilang penat dia akan ajak saya sambung saie balik.. macam tu lah sampai habis saie.. 
dan kemudian kami bertahlul..
 tapi memang ambik masa yang agak lama la nak habiskan saie..

daripada pukul 3 pagi, kami masuk ke Masjidil Haram, pukul 10 pagi baru selesai umrah kami..
lepas je selesai umrah, saya terus bawak mursyid balik ke hotel.. memang kena bagi dia rehat.. 
bukan dia je..mak dia pun kena rehat.. 
abah tunggu kat Masjid lagi sebab hari tu hari jumaat.. 
so tunggu nak solat jumaat. 

kami dua beranak sampai je bilik memang terlentang terus tak sedar diri... 
penat sangat-sangat.. 
lepas asar baru kami pegi masjid untuk berbuka dan solat maghrib.. lepas maghrib kami balik nak makan nasi la kat hotel.. perot nasi wee.. 
tapi makanan yang disediakan pihak hotel  amatlah tidak memuaskan..macam rugi je balik makan.. 
lepastu nak masuk masjid balik untuk isyak dan tarawikh tak dapat sebab dah penuh.. 
jadi solat kat luar je..huhuu..  Esok kena datang awal..





Umrah Ramadhan -Mekah Part 1

$
0
0
Assalamualaikum..

Hari ni hari ke2 kami di Mekah..
hari ni kami akan keluar untuk ziarah dan terus bermiqat untuk umrah kedua di Masjid Jaa'ranah.

tempat pertama kami pergi ialah jabal thur.. tempat di mana Rasulallah dan saidina Abu bakar bersembunyi ketika dikejar kaum musyrikin ketika berhijrah ke Madinah ..



belakang tu lah Jabal Thur

lepastu kami terus ke Masjid Jaaranah untuk bermiqat untuk umrah kedua kami.. 
kat situ tak sempat bergamba.. sibuk dok membeli barang .. sebab ada orang jual jubah murah-murah depan masjid tu.. hahha..
kat Masjid Jaaranah ni Mursyid tak turun pun.. dia tunggu dalam bas dengan jemaah yang tak nak turun jugak.. jemaah yang dah banyak kali datang umrah.. diorang stay atas bas je.. 
jadi boleh la tinggalkan mursyid..

lepas tu kami ziarah ke Jabal Rahamah






selesai bermiqat dan ziarah ke jabal rahmah kami bertolak balik untuk selesaikan ibadat umrah kedua kami. 


sebelum masuk masjid, ada pak arab panggil mursyid n sedekah buah oren.. macam tau2 ja mursyid tak posa... haha

selesai saie untuk umrah ke dua




giliran abah pulak bersaie.. mama tunggu dgn mursyid.. 
sambil tunggu duduk dekat satu keluarga arab dengan anak-anak yang sangat2 comel.. 
apa lagi..snap la gambaq depa.. dengan harapan anak pompuan cek keluaq rupa anak arab,,.. hahaha.. nak rupa anak arab celah mana kalau dah mak pak keturunan melayu tulen.. 
tapi kat mekah doa p la kannnnn.. mana tau allah bagi anak sebijik muka lagu ni.. hihihi..



selesai umrah kedua kami balik rehat di hotel jap sebelum masuk waktu maghrib dan berbuka...



masa keluar masjid tu lepas waktu asar.
pekerja dah siapkan tempat untuk berbuka di dataran masjid.. 
macam nilah suasana dia.. seronok sangat2 tengok suasana macam ni
meriah sungguh.. 



waktu subuh di masjidil haram.. tak pernah tak ramai orang.. 
dok penuh sentiasa.. tak kira masa..
allah rinduuuunyaa.. 
jemput kami ke sana lagi ya allah...






Viewing all 108 articles
Browse latest View live